Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Thursday, 30 June 2011

Hot Aje : Stuxnet,Virus Lagenda Yang Berjaya Deactivate Nuclear Iran Berjaya Ditewaskan!

Posted by serenity9260 On 18:13 No comments



Hahaha,hari tu ada baca satu website ni kata ada virus Stuxnet ni power sangat sampai boleh hack satu dunia la,deactivate Iran punya nuklear la.Sekarang ni,Symantec berjaya mematahkan serangan Stuxnet dengan berjaya meneutralkan virus itu dan menghuraikan kod2 yang ada dalam Stuxnet dan akhirnya berjaya mengetahui modus operandinya .

Berdasarkan data yang diterima oleh Symantec,mereka kini mengetahui bahawa Stuxnet merupakan malware yang sangat sulit untuk dibongkarkan mana2 antivirus yang wujud di dunia.Symantec dapat mengenal pasti bahawa terdapat badan besar yang menyokong dan memberi sumbangan dalam pembinaan Stuxnet.Ia merupakan sebuah senjata yang sangat efektif untuk melumpuhkan mana2 musuh yang mempunyai sistem network yang besar.



Menurut Symantec lagi,Stuxnet dikawal dengan peralatan yang dikenal pasti daripada Siemens atau sistem yang sama dengannya.Virus ini menyerang pada waktu zero day,waktu yang mana waktu ini tidak boleh dikesan waktunya pada sistem Windows dan Linux.

Symantec,walaubagaimanapun mengatakan serangan Stuxnet masih belum tamat lagi kerana besar kemungkinan pembinanya masih mahu meneruskan usaha mereka untuk meluaskan serangan mereka.

Tahniah kepada kumpulan kerja Symantec kerana berjaya mematahkan serangan Stuxnet ini.Symantec juga merupakan kumpulan yang bertanggungjawab membina Norton Antivirus.

Komen : Norton Antivirus memang antara antivirus yang terbaik di dunia,tapi sayangnya,ia memberatkan komputer.Gamer macam aku ni tak sesuai la pakai antivirus berat2 camni.

0 comments:

Post a Comment