Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Saturday, 11 November 2017

Kelebihan Resume Seorang Gamer Cari Kerja

Posted by serenity9260 On 08:52 1 comment




                    Kalau dulu-dulu, orang nasihatkan kalau dalam resume, bahagian hobi tu jangan tulis main game, ataupun gamer, sebab first impression orang, gamer ni seorang yang useless dan pemalas. Even tadi aku bukak Facebook pun aku ternampak ada 2-3 orang post, kalau nak kahwin, jangan cari lelaki yang main game. Hahahaha!

                    Sekarang lain sikit. Kalau korang nak cari kerja bahagian ICT atau pun mana-mana kerja yang perlukan korang melekat kat komputer lebih 90%, gamers ada kualiti dia yang tersendiri. Ini manager aku merangkap orang yang interview aku beritahu. Masa interview hari tu ada 2 orang. Sorang laki, sorang perempuan. Yang tanya pasal game tu of course la lelaki. Yang perempuan tu pun main game jugak tapi ringan-ringan je la macam Candy Crush.

                   So interviewer lelaki ni tanya aku " Awak main game? Game apa awak main? " Aku beritahu, " League Of Legends " " Apa tu? " " Dia macam Dota atau Mobile Legend tu, yang ada 3 lane tu, " " Okay, suka main role apa? "

                  Kalau korang main game genre MOBA macam Dota atau Mobile Legends, setiap role tu ada nilai psikologi dia. So aku akan terangkan dulu nilai psikologi role-role yang ada dalam game MOBA ni

1. TANK 



Function tank dalam game ialah player yang akan duduk barisan depan, korbankan nyawa dia demi memastikan team dia menang dalam teamfight sebelum dia mati. Tank mesti berani engage sebelum start teamfight.

                  So, tank player ialah someone yang boleh jadi leader, someone yang pandai cari peluang ( tanker yang baik ialah tanker yang pandai engage teamfight yang sesuai dengan keadaan team dia, bukan main sodok je. Tanker main sodok je ni yes, kau boleh panggil noob. Tanker yang buat engage yang berkualiti tapi selalu mati, ko jangan berani panggil dia noob atau feeder, barua. Dia dah sanggup berkorban jadi tank sebabkan kau berebut nak jadi marksman atau assasin tu), betanggungjawab ( setiap teamfight, biasa tanker yang hadap dulu. Marksman cabut farming dalam jungle, tu belakang cerita ) dan mampu melakukan shotcall yang bagus, atau arahan yang bagus untuk team.

                Tank dengan bos kau, situasi dia tak jauh beza. Kau nak gaji besar(marksman/assasin) tapi suruh jadi leader(tank) takut. Sama la macam start nak pilih hero. I need a tank! I need a tank!. Dah dapat bos baik pun kau still kutuk-kutuk dia jugak, macam tanker yang selalu mati nak protect kau yang tak berapa pandai nak jadi marksman tapi mengada nak jadi marksman sebab mengada kata tak pandai main tank. Bullshit der, aku dah main banyak game MOBA. Banyak-banyak role, tank la paling senang. Skill semua basic. Tak reti main tank, berhenti la main MOBA, g main Candy Crush

                So, pendek cerita, tank ialah leader yang pandai cari peluang, sanggup berkorban demi team, bertanggungjawab dan boleh beri arahan yang berkualiti.


2. MARKSMAN



                     Role ni, manager aku kata marksman someone yang fokus. Sebab antara semua role dalam MOBA, marksman ada satu kerja paling dia kena fokus : Farm dan mesti paling banyak duit/gold antara 10 player yang tengah main tu. Jujurnya, kalau marksman ni lembab fed atau lembab farming nak kumpul gold, korang surrender je la. Macam game Red Alert, team siapa siap Nuclear dulu dia la yang menang, betul? Nampak marksman yang kaki farming dalam jungle ada 2 cara je nak end game : Surrender atau bersabar tunggu dia ready nak teamfight. Aku annoying jugak dengan marksman kaki jungle ni tapi sebab aku selalu main tank so, nampak marksman gini aku selalu tak teamfight sampai tengok MM ni dah siap 5-6 barang

                   Fokus untuk menjadi marksman ni sangat tinggi. Masa teamfight, enemy akan cuba sedaya upaya kill MM dulu sebab MM ialah sumber damage paling tinggi untuk team. Dia kena fokus keadaan sekeliling, tengok perangkap enemy, tengok siapa marksman kena bunuh dulu. Assasin kerja dia ya, bunuh yang nyawa lembik dulu. Marksman tak. Tank, support, fighter semua tugas dia untuk bunuh, sebab tu marksman senang dapat penta kill. Tapi dia kena prioriti bunuh tu ikut keadaan so sebab tu penting fokus nak jadi marksman ni

3. MAGES



                              Mages tugas dia ialah secondary engager atau playmaker. Kebiasaan teamfight, tank akan masuk dulu lepas tu Mage akan lepaskan Area of Effect ( AOE ) skill diorang untuk stun atau buat damage yang besar untuk enemy team, supaya semua nyawa team enemy semua dah tinggal separuh atau nyawa-nyawa ikan untuk mudah kan kerja assasin dan marksman untuk kill priority target.
   
                             Mages ialah kualiti yang sesuai untuk strategic analysis atau sebagai pembantu leader, sebab dia boleh improve apa sahaja idea yang leader dia beritahu kat team dia. Mages juga seorang yang flexible untuk jadi support atau peel untuk team. So kerja-kerja multitasking ni bagi la dekat mages ni sebab dia boleh buat 2-3 kerja.


4. ASSASIN




                                 Assasin ialah untuk orang yang cepat belajar atau seorang yang ada gerak hati (instincts) yang bagus. Ni sebab assasin ada skill yang susah sedikit berbanding dengan role lain, dan semasa teamfight, kedudukan assasin adalah sangat bahaya sebab kebanyakan diorang adalah melee. Once diorang masuk dalam teamfight, diorang ada masa tak sampai 1 saat untuk bunuh target dan lari dari teamfight sebelum masuk fasa kedua teamfight iaitu cleanup ( kalau hidup lagi la assasin ni ). Satu lagi, diorang kena creative untuk dapatkan gold yang tinggi masa early game sebab mostly banyak farm dan gold, marksman akan ambil dulu, so assasin kena fikir cara lain untuk dapatkan gold sebab item assasin pun antara yang mahal dalm game MOBA. Antara cara nak dapatkan gold masa early game ialah curi jungle enemy, kill enemy early game dan apa cara lagi la pro-pro assasin ni buat.

                            So, assasin ialah jenis manusia yang high risk high reward, instinct yang power, cepat belajar dan kreatif.



5. SUPPORT



                                   Support ialah someone yang penyayang, lemah lembut dan bersedia untuk tolong team diorang tak kira apa hal yang jadi dekat team diorang dan tak suka benda yang complicated. Tapi support kerja dia bukan duduk lane poke enemy je. Support yang baik akan rajin tengok mini map, pandai letak ward dekat tempat strategik. Bukan asal nampak bush je terus letak ward, jangan camtu der.  Support yang baik mampu kesan bahaya dan ramalkan apa akan jadi setiap 5 minit akan datang dalam game dan dia akan share info tersebut dengan dengan team dia untuk menang.

                                 Pendek cerita, support ialah seorang yang lemah lembut, caring dengan team, rajin tolong, sharing info yang berguna untuk membawa team pergi lebih jauh. Support punya role ni penting, cuma susah nak jumpa support pro ni sebab kerja dia backup dan ikut ekor marksman je, bukan ikut team. Yela, kalau bangang marksman maka bangang la support-nya





                         Lagi, apa yang manager aku suka pasal gamers ialah kerja-kerja berkaitan dengan komputer ni biasanya laju gamer-gamer ni buat kerja. Lagi pun gamers ni kalau jumpa gamers lain, cepat ngam. So senang nak buat team ada chemistry masa kerja dan naikkan efficiency atau KPI kerja. Cuma kalau dah punch in tu, jangan la main game, hawau. Orang dah bagi kau kerja tu cukup baik la tu zaman sekarang ni. Ingat sikit, ni zaman Najib. Banyak dengar cerita orang kena buang kerja je, bukan banyak cerita pasal orang dapat kerja.

                          Tapi interviewer kena jugak tengok kriteria lain. Tak semestinya kau main Dota, kau confirm dapat kerja. Bukan. Just nak bagi first impression pada interviewer je. Buat resume cantik-cantik, jangan segan-segan tulis kat hobi tu yang kau main game. Good luck

                           

                                 
           

1 comments:

Post a Comment