Awek dalam gambar ni memang lawa tapi bukan tu yang aku nak fokuskan. Terus terang aku merupakan antara orang yang minat dengan barang2 LG ni sebab memang kena dengan hidup Multimedia aku. Aku perlukan gadget yang mampu bawa grafik beresolusi tinggi, sound yang superb, gaming system yang mantap, UI yang lain dari yang lain dan paling penting LG tak terkenal kat Malaysia, wakakakaka. Aku memang tak suka pakai barang yang orang selalu cari atau cari minat yang yang biasa sangat jumpa kat Malaysia ni. Bila orang nak ambik lagu dekat handset aku, selalu tanya ni band mana kau sebat ni?Hehe.
Sayangnya LG ni barang2 dia bukan senang nak cari yang murah sebab susah nak cari handset dia yang simple2 macam Lolipop dan Ice Cream kat Malaysia ni(tu nama model handset LG, bukan makanan!). Hari tu aku ada review pasal LG Optimus 3D yang aku rasa dah tenggelam populariti dia tapi handset tu memang best dengan function 3D superb dia.Kali ni LG nak perkenalkan laptop berkonsepkan gaming laptop bergrafik 3D. Bunyi memang mengancam!Model LG A530 ni mempunyai skrin 15 inci resolusi 1920x1080 HD. Yang terbaik ialah laptop ni ada webcam 3D! So kalau buat aksi lebih2 depan webcam tu, mesti member yang tengah chatting tu terlebih feel rasanya!Tambah lagi dengan memori 8GB RAM, erm, ni mungkin laptop yang mampu memberi saingan pada Alienware M17 pada mata aku.
Satu lagi yang LG akan lakukan ialah LG telah berjaya menyiapkan projek mega mereka iaitu LG’s Advanced High Performance In-Plane Switching (IPS) LCD. Apa kejadahnya projek ni? LG bakal membuka arena baru dalam smartphone apabila dia turut berjaya menyediakan teknologi displaynya sendiri seperti AMOLED dan Retina Display(Apple).Diringkaskan kepada AH-IPS, teknologi ni berjaya mengatasi teknologi Super AMOLED milik Samsung dan HTC dari segi display HD dan bekalan kuasa. AH-IPS mampu menyokong resolusi sehingga 1280x720 HD, maksudnya kalau korang habis download movie yang Blu-RayRip pakai handset LG ni, tak perlu convert nak kecikkan skrin, terus je play dalam LG ni(kalau laju la download pakai handset dekat Malaysia ni).
Mungkin LG akan terlepas perang smartphone pada bulan September ni tapi siri AH-IPS dari LG ni pasti akan membuatkan Steve Jobs terpaksa panggil anak buah dia sama2 kerut kepala apa yang diorang patut buat untuk iPhone 6!(sebab iPhone 5 dah siap, jadi tak boleh nak renovate lagi dah,hehe).
Komen : Go LG!
0 comments:
Post a Comment