Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Showing posts with label Info Aje. Show all posts
Showing posts with label Info Aje. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Info Aje : Demo Rupa Matahari Selepas Ia Mati

Posted by serenity9260 On 06:16 1 comment

Nasa ada buat beberapa simulasi yang memang menakutkan sedikit sejak kebelakangan ni macam bumi ditelan Black Hole,galaksi kita berlanggar dengan galaksi lain.Kali ni,Nasa tunjukkan bagaimana rupa Matahari selepas ia mati
Link asal

Info Aje : Samsung Galaxy S3 Ditunda Jualan Pada Sesi 2012

Posted by serenity9260 On 06:09 No comments



Untuk peminat2 Android,salah satu siri smartphone Android yang paling best dalam list korang mesti lah siri Samsung Galaxy S.Akhirnya,Samsung Galaxy S bakal memasuki generasi ketiga,namun sesi demonstrasi smartphone ni ditunda,mungkin sebab nak keluar sama2 dengan pesaing dia kot,iPhone 5.Siapa menang agaknya?Place your bet,gentlemen,haha

Link asal

Friday, 27 January 2012

Info Aje : FBI Bakal Disaman Kerana Menutup Megaupload

Posted by serenity9260 On 17:28 No comments



Bukan semua orang sokong tindakan FBI melancarkan SOPA malahan terlalu banyak yang benci dan menyampah dengan tindakan mereka yang terus menyerang orang tanpa sebab yang betul.Pemilik Megaupload cuma membenarkan program file-sharing,bukan membenarkan piracy.Oleh kerana diorang malas nak delete satu2 file2 pirate dalam tu,diorang terus menahan eksekutif2 Megaupload dan penjara sampai 50 tahun!(pengasas je).Memang banyak file piracy dalam Megaupload tapi banyak juga file2 penting yang orang biasa upload sebagai backup,risau diserang virus kalau simpan dalam pc.Oleh kerana Megaupload ditutup dan tak berfungsi,golongan2 yang kehilangan file2 penting termasuk syarikat2 perniagaan mengalami kerugian dan tekanan.Diorang memang tekad nak saman FBI neh!Saman jangan tak saman!Aku support korang dari belakang!

Artikel asal

Komen : Oh SOPA,cepat la berhenti!Aku nak download DOTA 2 ni

Sunday, 22 January 2012

Info Aje : Bagaimana Orang Jepun Kira2 Pakai Garisan?(Video)

Posted by serenity9260 On 18:08 1 comment



Orang Jepun ni memang terlalu kreatif sampai matematik pun tak payah pakai kalkulator

Info Aje : Selepas Megaupload,Filesonic Pula Ditutup Selepas SOPA

Posted by serenity9260 On 17:58 1 comment


Argghhhh,tutup Megaupload aku boleh terima lagi sebab aku tak selalu pakai yang tu tapi tutup filesonic ni leceh ar.Selalu aku download game dengan album kat sini.Laju pulak tu(kalau pakai shimory la).Berikutan penutupan Megaupload dan penangkapan eksekutif2 Megaupload,Filesonic mengambil langkah selamat dengan disable-kan file-sharing ability pada websitenya.Website diorang still tak tutup lagi tapi beberapa ciri utama file-sharing telah ditutup.Sama je macam tutup terus ekk??

Thursday, 15 September 2011

Info Aje : Jualan Samsung Mengatasi Apple Di Eropah

Posted by serenity9260 On 19:25 No comments


Perang antara 2 pengeluar smartphone terkemuka, Samsung dan Apple semakin menghampiri kemuncak selepas beberapa siri kes saman menyaman antara Apple dan Samsung. Akhirnya, perkara yang sentiasa menghantui Apple menjadi kenyataan apabila jualan smartphone Samsung berjaya mengatasi Apple dengan Samsung mencatatkan jualan sehingga 4.8 juta unit manakala Apple mencatatkan jualan sebanyak 4.6 juta unit sahaja. Pakar menjangkakan pengeluaran iPhone 5 mungkin tidak cukup untuk menyelamatkan Apple sekarang ni.

Link asal

Info Aje : Perempuan 5 Tahun Menemui Fossil 160 Juta Tahun

Posted by serenity9260 On 19:01 No comments


Mencari fossil bukan semudah gali lubang kat belakang rumah untuk tanam harta karun. Ia memerlukan ketabahan dan kepekaan pada keadaan sekeliling ketika mencari fossil atau spesimen di kawasan kajian. Kalau jumpa, bersyukur la. Kalau tak jumpa, kesian la. Perempuan ni sememangnya bertuah kerana mampu menemui fossil berusia 160 juta tahun seawal usia 5 tahun. Mungkin dia ada bakat untuk menjadi ahli arkeologi terkenal(kot?)

Monday, 5 September 2011

Info Aje : Galaxy Tab 7.7 Tidak Dibenarkan Memasuki Pameran IFA Di Jerman

Posted by serenity9260 On 21:45 No comments



Nampaknya Apple terus mencari masalah dengan Android, mungkin menyedari yang Android semakin laku dan jualan Apple mula menurun walaupun perlahan selepas persaraan Steve Jobs. Mungkin Apple lebih rela menyekat jualan Android berbanding dimaki semaki makinya oleh peminat2 Android. Kali ni, model Samsung Galaxy Tab 7.7 yang belum dijual lagi, tidak dibenarkan memasuki pameran smartphone, IFA di Jerman!Oi, kalau pameran pun tak kasi masuk, macam mana orang nak review smartphone ni elok ke tak?

Artikel asal

Komen : Peminat2 Android, korang boleh bersabar lagi ke?

Saturday, 3 September 2011

Info Aje : Kenapa Susah Betul Nak Tengok Handset Dari Jepun?

Posted by serenity9260 On 09:47 8 comments

Ada reader minta aku tolong detailkan pasal handset Jepun ni, jadi aku pun akan cuba lah untuk terangkan sebaik mungkin pada korang pasal handset2 di Jepun ni.

Korang rasa Jepun ni satu je ke syarikat dia yang boleh buat smartphone, itu pun Sony yang ada nama orang putih kat belakang tu, Sony Ericsson?Tak pelik ke barang2 elektrik macam TV, peti ais, DVD player, home theater dan macam2 lagi barang2 dari Jepun yang memang terkenal dengan kualiti dan kecanggihannya dalam alat2 elektronik, tiba2 tak reti buat handset?

Untuk pengetahuan, Jepun merupakan antara pengeluar handset yang ditunggu oleh pakar2 teknologi seluruh dunia. Pengeluar handset Jepun dikenali sebagai sindrom Galapagos. Kenapa Galapagos?Galapagos ialah sebuah pulau di mana pulau tu seperti sebuah taman Lost World di mana apa jua jenis haiwan di situ, konfirm takkan ditemui di tempat lain. Sama la macam handset2 Jepun ni. Kenapa?Kerana Jepun antara negara yang tak gunakan GSM yang digunakan secara global di dunia ni. SIM kad emas korang tu menunjukkan tu ialah GSM. Di Jepun, mereka menggunakan network lain yang dikenali sebagai Hypersim kalau tak silap dan kemungkinan lain Operator Telco diorang, lain network mereka gunakan. Telco yang terbesar ialah NTT DOCOMO dan antara Telco terbesar di Jepun dan pengeluar handset terbesar di Jepun.

Seperti di US, syarikat2 Telco seperti Verizon, Sprint, AT&T, dan macam2 lagi meminta agar syarikat2 smartphone terkemuka seperti Samsung dan HTC membuat smartphone versi syarikat2 itu. Situasi ni sama saperti di Jepun cuma syarikat2 ni mempunyai kontrak dengan NTT Docomo atau syarikat2 lain bahawa semua model yang dicipta mesti ekslusif untuk syarikat itu sahaja. Dengan kata lain, model tu memang boleh dijual di bawah syarikat Telco tu sahaja seperti NTT Docomo.

Aku tengah cerita2 pasal kecanggihan handset Jepun ni mesti kata, "kalau handset diorang canggih sangat, awat dalam drama2 aku tengok ramai je pakai Apple ke, Nokia ke?". Untuk pengetahuan korang, oleh kerana handset2 oversea ni tak memenuhi standard yang biasa ditemui handset2 tempatan ni, maka mereka terpaksa menurunkan harga handset2 antarabangsa ni demi market diorang di Jepun. Oleh kerana Apple dan Nokia ni agak terkenal dan bergaya sikit, maka ia antara pilihan alternatif kepada handset tempatan yang mahal sedikit berbanding handset luar negara. Bapak aku beli iPhone kat Jepun keluar rm800 je kot walaupun matawang Jepun lagi mahal dari Malaysia. Boleh bayangkan murah tak murah handset2 luar negara ni?Bak kata diorang, iPhone ni buat baling anjing je,haha.

Satu lagi yang membuatkan handset2 tempatan ni tak boleh keluar dari Jepun ialah kerana nak convert network dari Hypersim kepada GSM ni mahal kos dia. Ada website tu boleh charge sampai 100 USD kalau nak diorang siap convertkan. Kalau convert kat kedai tak tahu la kan tapi nak cari kedai kat Malaysia ni memang selamat tinggal la handset Jepun korang kalau tak convert awal2 lagi.

Aku memang antara peminat barang2 dari Jepun dan ni antara model yang berjaya menarik minat aku








Untuk pengetahuan korang, Sony Ericsson mempunyai rekod penjualan yang lemah di Jepun sebab diorang asyik fikir market luar negara sampai tak reti nak handle market negara sendiri. Mungkin juga sebab nama mat salleh kat belakang Sony Ericsson tu buat orang takde selera nak beli sebab orang Jepun ni memang sayang barang diorang sendiri.

Ada satu lagi perkara menarik pasal handset Jepun ni. Orang Jepun sangat sukakan handset jenis flip atau clamshell(bentuk lipat2). Lalu orang putih pun buat bentuk baru iaitu slide dan touch screen. Diorang pun kata la handset2 flip ni dah ketinggalan zaman. Brader, tengok sikit model SH-01B macam mana dia flip.Bukan flip 180 darjah bai, tapi 360 darjah bai. Omputeh reti ke buat handset macam tu?Secara teknologinya, model flip ni mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada slide tapi biasa la,orangputeh. Konon handset slide diorang canggih sangat. Tanya diorang, kalau betul handset slide canggih, model slide apa ada kamera sampai 12 Megapixel?Model slide apa boleh rekod video HD?Model slide apa ada processor 1 GHz?Tunjuk handset2 Jepun ni kat diorang, malu diorang beb. Bukan senang nak sumbat segala teknologi masuk dalam model flip sebab dah dari segi teknologinya memang susah. Kalau touchscreen memang lah senang nak sumbat apa pun, bentuk pun tak complicated bai.

Secara politiknya, orang puteh taknak diorang dimalukan dengan teknologi2 superb dari Jepun,hahaha

Thursday, 25 August 2011

Info Aje : 10 Teori Konspirasi Terkenal Di Dunia

Posted by serenity9260 On 20:16 4 comments

Banyak teori konspirasi yang wujud di dunia ni terutamanya sejak wujudnya internet ni. Macam2 bukti didakwa betul yang datang dari internet tapi nak percaya ke tidak, itu terserah kepada individu tu. Aku pun ada yang percaya, ada yang tak berdasarkan bukti dan logik akal aku macam video raja arab yang aku tunjuk sebelum ni. Yang paling hangat di dunia sekarang ni termasuk di Malaysia ni iaitu teori pergerakan Freemason menakluki dunia dengan New World Order. Setakat ni aku cuma percaya apa yang diterangkan oleh rancangan dokumentari sebab dia ada tunjukkan peraturan macam mana nak mengenali benda tu Freemason ke tak. Kalau setakat ada gambar bintang, kambing, isyarat tangan, baik masukkan sekali kambing dalam senarai najis binatang mughallazah tu. Syarat untuk tahu benda tu Freemason atau tak ialah melihat simbol, bentuk, pengiraan matematik, tarikh, lokasi, tujuan, perkara yang terjadi, kesinambungan peristiwa selepas tu dan sebagainya baru dijatuhkan bahawa benda tu Freemason. Kalau setakat nampak bentuk bulat sikit dah kata mata Freemason, korang korek je lah mata korang tu, dah takde guna dah pasal mata pun nak buat bergaduh. Benda ni kena buat bincang ramai2, tak boleh buat teori sorang2. Skuad The Arrival pun ada 5 orang aktivis yang memang berpengalaman habis dalam buat rancangan dokumentari sendiri. Sekarang ni Noreagaa dan Achernahr disahkan bersara lepas dapat macam2 ugutan seperti bunuh, murtad dan sebagainya.

Cukup aku membebel, jom usha perkara tajuk asal ni, 10 teori konspirasi terkenal dunia!

1. Serangan 9/11 Dirancang Oleh Orang Dalam Kabinet Amerika Sendiri
Benda ni memang terkenal sejak banyak benda yang suspicious berlaku dan didedahkan satu demi satu dari keadaan George Bush sebelum letupan sehinggalah tamatnya perang di Afghanistan. Erm, antara konspirasi yang paling tepat sekali untuk didakwa menjadi betul


2. Pendaratan Alien Di Roswell
Alien ni masa kecik2 aku percaya la. Dah besar, peh segalanya mengarut!Ahli astronomi dah meneroka alam semesta ni sejauh berbillion2 tahun cahaya dengan teleskop, takde satu pun planet yang mampu menyediakan atmosfera yang sebaik Bumi untuk membolehkan hidupan hidup. Planet ada air tu biasa la, tapi planet yang ada tumbuhan, oksigen, tekanan udara yang sesuai dan sebagainya takde yang sepadan dengan Bumi. Kalau ada pun alien ni, bila sampai Bumi konfem tak boleh hidup sebab diorang hidup dalam suasana atmosfera yang lain. Kita hidup pakai oksigen, diorang hidup pakai benda lain agaknya,haha.

3. Pembunuhan John F Kennedy
 JFK ni terkenal sebab antara pemimpin terkenal Amerika kerana memulakan kariernya hanya sebagai pelakon. Kematiannya akibat dibunuh disangsikan apabila ada yang mendakwa wujud tangan2 ghaib yang cuba membunuhnya termasuk dari CIA, FBI, KGB, Federal Reserve dan sebagainya. Kenapa nak bunuh dia?Sebab orang kata dia ni antara pemimpin yang bekerja untuk rakyat Amerika

4. Global Warming Adalah Palsu
Teori ni boleh tahan baru la sebab aku baru dengar masa tahun 2009. Ni kerana saintis mendakwa suhu Bumi memang meningkat sejak tahun 1950(kalau tak silap). Teori global warming diwujudkan untuk mencipta rasa panik manusia. Tapi rasanya teori ni memang sangat diragui sebab tanda2 global warming tu memang jelas



5. Pembunuhan Puteri Diana
 Ni dah diterangkan dalam The Arrival yang dia dibunuh kerana didakwa bercinta dengan seorang putera Arab dan mungkin akan menjejaskan sistem warisan pemerintahan beraja Britain

6. Penaklukan Dunia Oleh Yahudi
 Ni memang dah terkenal sangat dah ni. Bermula dari terciptanya buku Protocols of Elders of Zion, dunia mula merasa sangsi kerana buku tu secara jelas menunjukkan zionis akan menakluki dunia ni dengan cara yang sangat kejam dan ganas sekali.(Pergi baca 40 peraturan orang Zionis dan nilai sendiri betapa dahsyatnya protokol mereka)

7. Pendaratan Manusia Di Bulan Adalah Palsu
Didakwa Amerika cuma berlakon akan pendaratan ni demi memenangi Perang Dingin dengan Rusia di mana angkasawan Rusia, Yuri Gagarin berjaya menjadi manusia pertama mengelilingi Bumi di ruang angkasa.Ni cerita betul. Amerika yang terdesak dengan kecanggihan Rusia tu, mendakwa 3 angkasawan mereka merupakan manusia pertama menjejak bulan. Memang negara kuat menipu betul

8. Serangan Pearl Harbor
Serangan ni merupakan antara serangan yang penting dalam sejarah dunia kerana ia menandakan penyertaan Jepun dalam Perang Dunia Kedua(Macam World Cup pulak boleh jadi peserta ke tak!) dan memiliki kontroversinya yang tersendiri.

Ada pihak mendakwa bahawa presiden Amerika waktu itu, Roosevelt(FDR) mengetahui bahawa serangan itu akan dilakukan dan sengaja membiarkan serangan itu berlaku demi memancing Hitler merancakkan Perang Dunia Kedua(serius diorang buat macam main bola je Perang Dunia ni.Boleh ada masa rancak2 pulak,haha!). Semua kod rahsia Jepun didakwa telah dipecahkan sebelum itu maka mustahil pihak tentera tidak bersedia dengan serangan itu. Kenapa serangan ni boleh pancing Hitler, rujuk Wikipedia ni

9. Rahsia Ketiga Fatima
Ni ada kaitan dengan Kristian, Virgin Mary dan ramalan2 siapa yang memiliki keupayaan seperti Virgin Mary. Aku agak blur pasal isu ni kerana memang aku baru tahu pasal isu ni tapi ni antara konspirasi yang terkenal jugaklah.Sory ye takde briefing kat sini, hanya mampu beri link Wikipedia je

10. Eksperimen Philadelphia
Salah satu eksperimen ketenteraan yang kontroversi dari Amerika. Eksperimen ni didakwa mampu hilang beberapa waktu dari pandangan manusia. Namun, US Navy menafikannya dan mendakwa ia satu cerita palsu.

Namun, ada pihak mendakwa menemui maklumat bahawa eksperimen ni dijalankan oleh seorang professor iaitu Dr Franklin Reno atau Rineheart bahawa nama projek ni ialah Unified Field Theory. Professor itu didakwa menggunakan beberapa teori untuk memesongkan hukum fizik seperti graviti agar kapal US Destroyer boleh hilang dari pandangan manusia. Aku pun tak berapa jelas tentang hal ni tapi kononnya didakwa semua krew2 dalam kapal ni hilang.Yang tinggal cuma kapalnya sahaja

Wikipedia

Artikel asal

Wednesday, 24 August 2011

Info Aje : Cara Sebenar Pejuang Syria Mengecas Handset Mereka

Posted by serenity9260 On 21:44 No comments

 Dalam entri sebelum ni, ada diberitahu bahawa pejuang Syria mengecas handset mereka menggunakan air dan bateri Duracell. Namun ini menimbulkan salah faham dan salah seorang aktivis Syria, Omar Maqdad terbaca artikel tentang itu di internet. Dia menjawab salah faham itu dengan menerangkan, mereka meletakkan sebuah portable charger(gambar) di dalam mug tanpa air. Mereka melakukan ini untuk menelakkan rasa curiga pada tentera kerana mereka tak boleh membawa beg yang kelihatan mencurigakan kerana akan diperiksa dalamnya.


Artikel asal

Komen : Stail charger ni, kenapa tak pernah jumpa pun?

Sunday, 21 August 2011

Info Aje : Perbezaan Broadband Malaysia Dan USA(Ada Beza Ke?)

Posted by serenity9260 On 20:14 4 comments


Ramai orang tak suka broadband sehingga menggelarnya broadband, tapi terpaksa jugak beli sebab tak selalu duduk rumah, internet kat kampus lembab, saja2 nak beli dan sebagainya. Pernah usha broadband negara lain punya speed tak?Sama ke?Lembab macam Malaysia ke?Idea nak menulis ni timbul bila aku try nak test internet speed, tiba2 ternampak pulak dia tulis situ broadband. Kat US ada kelas2 broadband dia iaitu T1, T2, T3 dan T4.Paling laju T4(247 mbps) dan paling lembab T1(1.5 mbps).Bandingkan dengan Malaysia, aku tengok 2 syarikat broadband yang famous ni lah, Maxis dengan Celcom.Paling lembab, 512 kbps dan paling laju 7.2 mbps, itu pun kalau hotspot. Tapi pernah jugak aku dengar kalau hotspot tapi kat bandar yang ada hotel ngan kondo mewah, orang kaya je la yang layak pakai broadband ultimate atau pro ni.Kat US atau negara lain takde istilah hotspot2 ni.Ada istilah 3G atau HSDPA je.Kawasan 3G 3.6 mbps,kawasan HSDPA 7.2 mbps.Kat US special sikit, ada kawasan T1 sampai T4. Dengar cerita, negara luar boleh request jugak servis T1 sampai T4 ni, tapi rasanya tayah la buat, nanti macam2 kontroversi keluar pulak. Kata tak support negara la, support Yahudi la, petualang negara la, pengkhianat negara la. Sebab kontroversi2 bodoh ni la kita akan sentiasa duduk dalam suasana tak maju sampai dah takde siapa2 kat Malaysia ni ada fikiran macam tu.

Kalau diorang Yahudi pun, buat marketing bijak sikit la. Macam KFC Malaysia, bagus ada syarikat ambil inisiatif beli saham diorang sikit2, lepas tu KFC Malaysia ni full under syarikat Malaysia. Bukan bawah orang putih lagi. Maybe diorang dapat la duit tapi sikit la, tak sebanyak dulu.

Tu dah masuk politik pulak. Satu lagi perkara menarik pasal broadband kat Malaysia ni ialah korang tulis broadband sucks kat google search.Korang dapat tak gambar macam aku dapat ni





Kalau korang nak kata ni result sebab kita duduk Malaysia, mana boleh kata macam tu. Website pasal US pun ada,hehe. Lagipun, result Google search ni biasa ikut Alexa atau pagerank. So, korang boleh pikir sendiri la negara mana yang suka cari kenapa broadband negara diorang sucks. Di US, masalah broadband suck bermula pada tahun 2002 sebab dulu syarikat FCC je yang boleh buat broadband.Tapi sekarang ada Verizon Wireless, T-Mobile, Sprint 4G, dah lingkup dah syarikat ni,haha.

Satu lagi yang aku nak bandingkan ialah kelajuan internet. Orang selalu bangga Streamyx dengan Unifi lagi laju dari orang yang pakai broadband. Sayangnya korang cuma boleh jumpa fenomena ni kat Malaysia je. Bangga tak?Negara lain pula, broadband lebih laju dari internet kabel. Tapi yang ada Unifi memang patut bangga la sebab internet jenis Optic Carrier atau OCC ni jenis internet yang terpantas. Tapi nak kerek ke dengan orang yang pakai broadband kelas T3?Broadband kelas T3 lajunya ialah 45 mbps sedangkan Unifi Malaysia yang aku tengok 20 mbps je.Tu lah yang paling laju Malaysia boleh buat.

Ni jenis internet yang sepatutnya standard ada di seluruh dunia



Sumber

Okey lah, tu kalau perbandingan dengan negara orang putih.Meh tengok Singapore pulak.


Bawah ni pulak Malaysia



20 mbps dengan 200 mbps. Ada beza tak?Kang aku compare dengan Indonesia, korang nak ke standard internet kita ni sama macam Indonesia je?Yang tu aku taknak tunjuk la, korang research sendiri.

Erm, taley citer lebey2, nanti orang kata "Kalau nak internet laju, pegi le US tu!"Susah nak cerita kat orang yang ada otak macam ni. Suka tengok negara punya internet lembab, tapi bila dengar kawan2 yang belajar kat oversea tu cerita pengalaman kat luar negara, taw jeles pulak!Celcom dengan Maxis, salah sorang dari korang ni pakat la dengan Verizon ke, Sprint ke, T-Mobile ke apply kan teknologi broadband diorang kat sini.Susah ke?Celcom boleh join Vodafone, tapi macam takde hasil. Just panggilan IDD jadi murah sikit je. Setakat nak senangkan hidup orang Malaysia yang kat luar Malaysia, buat apa?Pe kata Maxis try gabung dengan Sprint?Komuniti2 blogger orang putih selalu kata Sprint 4G sekarang syarikat broadband network terbaik di US.

Komen : Tolong anggap artikel ni sebagai pencetus semangat nak berubah, bukan nak buat kontroversi


Saturday, 20 August 2011

Info Aje : Ecstacy Digunakan Sebagai Bahan Utama Untuk Sembuhkan Kanser

Posted by serenity9260 On 18:41 No comments

Harap takde orang try nak rasa Ecstacy lepas baca post ni atau kata ecstacy ni baik untuk kesihatan. Macam yang semua orang tahu, dadah ni sebenarnya digunakan untuk perubatan. Cuma ada doktor2 yang malas nak jadi doktor, dia gunakan pengetahuannya untuk memproses dan jadi tauke dadah untuk dapatkan duit cepat. Sama macam dadah ecstacy ni, ia ada nilai perubatannya. Penyelidik dari Universiti Birmingham mendakwa dadah boleh menyembuhkan leukemia, lymphome dan myeloma. Ecstacy pula terkenal di kalangan doktor berkesan melawan kanser di dalam darah manusia namun ia menggunakan dos yang banyak dan kemungkinan membunuh pesakit jika tumour itu besar dan memerlukan dos yang lebih besar sehingga membuatkan pesakit itu mati.

Kajian menunjukkan ecstacy boleh diubahsuai untuk menjadi ubat yang lebih selamat untuk merawat pesakit.

Artikel asal

Info Aje : IBM Mencipta Processor Seperti Otak Manusia

Posted by serenity9260 On 18:29 No comments

Jika IBM berjaya melaksanakan projek ni, IBM sekali lagi akan mencipta revolusi dalam arena komputer. Dahulu IBM terkenal sebagai pencipta komputer pertama, kini IBM akan mencipta nama dengan mencipta komputer berupaya berfikir sendiri. Dipanggil sebagai synaptic processor, ia sebuah projek untuk mencipta komputer mampu bertindak secara automatik kepada tindakan normal penggunanya pada komputer. Contohnya macam tiba waktu pengguna malas nak pakai Facebook dan nak main game atau buat kerja lain tanpa tutup komputer, chip ni boleh menutup dan sign out sekali dari Facebook tu. Boleh juga digunakan sebagai penganalisis perniagaan sebab kebanyakan komputer sekarang hanya boleh keluarkan statistik dan nasihat berdasarkan statistik yang dikeluarkan komputer tu sendiri dan ia tidak mempedulikan faktor global seperti masalah politik, bencana alam dan sebagainya yang boleh mempengaruhi pasaran global. Dijangka projek ni bakal menjadi penawar kepada masalah ekonomi yang melanda dunia Eropah dan Amerika yang dijangka tak boleh diselamatkan lagi berdasarkan faktor hutang dan politik yang melampau!

Thursday, 18 August 2011

Info Aje : Pi Akan Dihapuskan?(Video)

Posted by serenity9260 On 20:05 No comments

Nilai pi ni boleh la dianggap antara legenda dalam dunia matematik kerana nilai sebenarnya masih tak mampu dikesan kerana mempunyai titik perpuluhan yang sangat panjang dan dikatakan rekod setakat ni ialah ia mempunyai sehingga 3 trillion titik perpuluhan!Namun jika nilai pi digunakan di dalam matematik biasa, pi mempunyai nilai 3.14.Ni memang nilai yang glamour lah kalau dalam kiraan matematik ni.

Tapi seorang ahli Matematik Bob Palais menulis dalam eseinya bahawa nilai pi ini salah dan tak betul!Palais mendakwa bahawa nilai 2pi iaitu tau lebih tepat untuk digunakan berbanding nilai pi.Aku tak minat math dan malas nak faham dalam2 pasal hal ni tapi rasa terkejut la jugak kenapa la nilai yang aku pakai selama ni salah?



Komen : Teringat cikgu aku pernah kata nilai pi ni orang Islam yang menemuinya.Tak ingat siapa nama tokoh tu

Info Aje : Apple Akan Membekalkan iPhone Pada China Mobile

Posted by serenity9260 On 19:51 No comments

Memang tengah kecoh satu dunia yang China tengah melambak kedai Apple palsu dan iPhone palsu.Ni kerana harga iPhone di China masih mahal berbanding harga smartphone lain seperti Android. Disebabkan undang2 China yang sangat melindungi rakyatnya jika rakyatnya berada dalam negara China(ni sebab penduduk China antara orang paling bertuah di dunia),Apple takkan mampu menyaman mana2 kedai yang membuat kedai Apple palsu jika kedai tu berada di dalam negara China.(sebab tu cetak rompak dan barang tiruan senang cari kat China, sebab gomen diorang jaga diorang dari kena saman.Konsep dia, tiru barang luar negara takde hal.Tiru barang kerajaan, lu mati!).Maklumlah,negara besar dan kuasa veto dalam PBB, siapa berani lawan beb?

Apple terpaksa mengambil langkah lain iaitu menyediakan lesen kepada China Mobile, syarikat operator handset terbesar di China dan juga terbesar di dunia untuk memiliki iPhone(kalau pernah tengok handset2 Amerika, akan ada nama Verizon, T-Mobile atau Sprint kerana diorang ada lesen buat macam tu dan kos handset jadi lebih murah.So, harga lebih murah).Dengan ini, mungkin sambutan kedai Apple palsu dan iPhone palsu akan berkurangan sedikit(tapi orang kata kualiti iPhone China ni dah power,yeke?)

Komen : Orang China jual dadah kat luar negara, kena kejar Interpol. Bila balik China, Interpol tak boleh masuk China walaupun dengan alasan nak kejar penjenayah!

Info Aje : Apple Mahu Sekat Penjualan Samsung Galaxy Di Belanda

Posted by serenity9260 On 19:39 2 comments

Nampaknya dendam Apple terhadap Samsung terutama jenama Samsung Galaxy masih membara.Mungkin tak puas hati dengan kekalahan mereka tentang penarikan semula larangan jualan Samsung Galaxy Tab 10.1, mereka kini mahu memulakan siri perang yang baru dengan memohon larangan jualan di Belanda.

Larangan ini tidak terhad kepada Samsung Galaxy Tab 10.1 sahaja tetapi apa2 jenama Samsung yang menggunakan jenama Samsung Galaxy termasuk siri smartphone Samsung Galaxy yang dinantikan orang ramai.Tak cukup dengan tu, mereka mahu larangan terhadap barangan import, pembungkusan, stok, eksport dan pengedaran di Belanda dari syarikat Samsung Korea dan cawangan Samsung di Belanda.

Belanda menjadi sasaran terbaru Apple memandangkan undang2 Jerman gagal memenuhi tuntutan Apple.Belanda pula memiliki set undang2 yang berbeza dari Jerman(memang la semua negara ada set undang2 yang berbeza kan?).Mungkin jika gagal di Belanda juga kali ni, mereka akan terus melobi negara Eropah yang lain untuk melarang jualan Samsung Galaxy di Eropah.

Erm,kalau satu model je mungkin la Samsung boleh bersabar lagi.Kalau dah semua siri Samsung Galaxy tak boleh jual,Samsung nak bersabar jugak ke??(batu api kejap)

Komen : Kepada yang ada iPhone atau tengah fikir nak beli smartphone apa, jom ramai2 cekau satu Galaxy sebagai tanda sokongan kepada syarikat smartphone Asia terunggul ni.Menyinga jugak dengar perangai mengada2 Apple ni

Wednesday, 17 August 2011

Info Aje : Kamera Haba Kini Digunakan Untuk Mencuri Nombor PIN ATM!

Posted by serenity9260 On 18:59 2 comments

Aku pernah dengar yang ada aplikasi Android atau iPhone yang mampu menangkap gambar dengan mode haba atau thermal.Kalau betul ada aplikasi tu maka Apple atau Android wajib membuang aplikasi tu sekarang kerana kini para penyelidik menemui bahawa cara ini amat mudah digunakan untuk mengesan kesan haba pada keypad di mesin ATM dan boleh meneka nombor pin mangsa dengan formula2 yang mudah!(formula tidak diberitahu atas faktor keselamatan).Kebanyakan negara2 maju mungkin boleh merasa lega kerana kebanyakan mesin ATM mereka sekarang ialah touchscreen atau biometrik yang canggih dan mustahil untuk kesan melalui haba sebab mesin memang akan sentiasa panas bila diaktifkan!Haba ini lebih mudah dikesan pada keypad daripada plastik atau bahan2 bukan logam.Jika keypad dibuat daripada logam,agak sukar sedikit untuk mengesan haba tersebut

Artikel asal

Info Aje : Saintis Merancang Untuk Meletupkan Sebuah Asteroid

Posted by serenity9260 On 18:49 No comments

Ada siapa2 pernah tengok cerita Armaegeddon?Mesti semua masih ingat macam mana para angkasawan ni cuba meletupkan asteroid ni dengan pelbagai usaha.Tapi jangan risau, tiada asteroid yang disahkan berada berhampiran dengan Bumi yang dijangka mengancam keselamatan Bumi.Mereka cuma ingin menguji benarkah asteroid boleh diletupkan dan jika berjaya, apa yang akan terjadi selepas itu?Apa yang akan berlaku pada serpihan2 asteroid itu selepas dimusnahkan?Kajian ni penting agar para saintis boleh bersedia untuk kemungkinan yang akan berlaku di masa akan datang

Artikel asal

Tuesday, 16 August 2011

Info Aje : HTC Pula Yang Menyaman Apple!

Posted by serenity9260 On 18:57 No comments

Sesuai dengan slogannya,giliran HTC pula melakukan serang balas demi kawan2 Androidnya seperti Samsung.Kali ni giliran Apple pula dituduh melanggar paten milik HTC .

Perkara ni merupakan perkembangan yang baik demi perang Android dan Apple yang semakin panas dan ditambah lagi selepas Google menambah kekuatannya dengan berjaya membeli keseluruhan saham Motorola Mobility yang bernilai 12 billion USD(mungkin selepas ni Android dari Motorola akan murah sedikit dan Android dari syarikat lain harganya akan meningkat memandangkan Android sudah ada syarikat pengeluar smartphonenya sendiri)