Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Showing posts with label Saje Saje. Show all posts
Showing posts with label Saje Saje. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Saje Saje : Back With New Momentum!!!

Posted by serenity9260 On 06:34 2 comments


Uhhh,habis jugak semester 1 aku kat universiti ni. Pada mereka2 yang asyik memaki aku kat Facebook bila nak update blog,ok, aku return sekarang ni!!!Memang busy giler babi ahh jadi junior balik setelah bertahun jadi senior kat sekolah.Damned!!!Banyak cerita best yang aku tak mampu nak share dengan korang pasal teknologi disebabkan busy yang melampau ni.Ditambah lagi dengan wifi yang tak berapa ehem kat kolej(laju kat cyber lab je,malas nak pegi,hahaha!!!),lagi la malas aku nak update blog.Aku pernah try 2-3 kali update kat kolej tapi semua try tu amek masa 2jam. Sepanjang tempoh 2 jam tu memang takde orang kat bilik,roomate aku pergi mana tah.So, aku mencarut dan memaki dengan sepuas2 hati aku untuk menyedapkan hati aku.Standard aku boleh update sampai 5 artikel,tapi kat sana just 2 artikel,tu pun 2 jam.Perghh,aku nak carut lagi, tapi rasanya tak manis nak mencarut kat blog sendiri(hehe).

Dekat 4 bulan jugak la untuk 1 semester tu.Rasanya masa aku tinggalkan page Trik Aje,ada la dalam 200 lebih like agaknya tapi sekarang dah jadi 324 like!!!bertambah 100 like tanpa sebarang promote.Boleh la aku nak kata bangga jugak,rasa terharu pun ada jugak sebab ada jugak la yang like page ni walaupun aku tak update apa2.Terima kasih kepada anda semua yang terus membaca walaupun aku takde dalam 4 bulan yang lalu.Sekarang aku kembali untuk terus mempromote blog aku seganas dahulu,myahahahaha.

Sepanjang aku tak update, aku kena selalu tengok inbox aku untuk tengok update,hantar assignment and macam2 perkara mengarut universiti yang dianggap penting bagi diorang.Banyak jugak komen2 negatif yang aku dapat kat dalam blog2 aku tu.Kalau post tu pasal pendapat aku je,maybe aku boleh consider lagi la.Tapi kalau kat post yang fakta dia valid pun nak kata aku menipu jugak,GO FUCK YOURSELF!!!Korang terlalu paranoid dengan nasihat bahawa "Bukan semua info kat internet tu betul".Woi,accept info dengan otak la bro,bukan dengan logik akal dan cakap orang dan adat2 lama.Ceh,sebelum emo aku naik,baik aku stop dulu,hahaha.

Dekat universiti, aku perasan ada dua fenomena besar yang tengah melanda kat negara ni,Vlogging dan website 9GAG!Vlogger yang aku suka opkos la matluthfi90.Dia straight forward dan ada sense of humour yang best.Tak perlu berselindung dan ada sikap judgemental dalam diri.9GAG ni pulak aku taknak baca sebab aku takut boleh ketagih,hahaha.Siapa2 yang dah ketagih dengan 9GAG,tahniah la,haha.Siapa2 yang tak try lagi 9GAG ni,baik cuba buka.Mana tahu,banyak ilham masuk ke.Banyak ilmu keluar ke.Siapa tak percaya aku tak baca benda ni,lantak korang la.Aku ada cara lain nak gelak sorang2,hahaha.

Satu benda kat universiti ni,orang kata nak berjaya kena sentiasa alert,tapi bila semester 1 aku ni habis,aku rasa ada benda lagi penting iaitu rasional.Masa korang tengah minggu ujian,korang dipaksa utamakan aktiviti universiti daripada test.Nak tanya la kan,antara aktiviti universiti dengan markah test,mana satu ekk masa depan korang??Ada kawan aku emo dengan aku sebab aku tak ikut aktiviti universiti sebab masa tu tengah test.Aku malas nak berdebat,kang hilang kawan,susah la pulak kan.Bila markah aku tinggi dalam 5-6 markah dari dia,dia touching dengan aku.Nampak siapa yang bebal sekarang ni?Nak berjaya,pandai2 la fikir mana satu lagi rasional.Hatta majalah Newsweek kat US tu report pasal kejayaan besar giler babi nak mampus kejayaan aktiviti universiti yang ko anjurkan tu,bila result test jahanam,ada reporter tu kisah?Ada penganjur tu kisah?Ada senior2 ko yang paksa ko join aktiviti2 mengarut ni kisah akan failnye ko dalam test?Ada ke?Tu yang aku kata rasional tu penting kat universiti ni.Mental pun kena kuat sikit.Kalau korang tak join pape kat universiti,ada kemungkinan korang dibasuh senior2 korang yang hebat sangat tuh.Kuatkan mental,kalau diorang halau korang dari kolej,korang blah je.Nampak macam penakut tapi buat apa kau nak study satu bumbung dengan orang2 yang menyakitkan hati ni?Tu la pentingnya rasional.Alert dengan perkembangan pun penting jugak,tapi just alert dengan akademik korang je la.Pasal camping2,aktiviti2 ni takyah nak over lebih2.Agak2 member korang yang ajak,baru join.Tu pun tengok dulu event tu best ke tak,jangan masuk je.Aku memang tak berapa aktif pun kat kolej.Aku tau cukup merit,dapat la stay.Yang penting fokus kat akademik.

Sebelum aku masuk universiti pun aku heran sebenarnya kenapa budak2 junior yang baru masuk ni susah nak score,padahal semester 1 dan 2 ni la yang penting giler babi sebab semester ni la gunanya nak mintak biasiswa,lepas tu da tak layan da.Merana la dengan PTPTN korang tu.Bila aku masuk universiti ni baru aku taw kenapa.Sebab benda2 mengarut macam ni la.Nak study pun dihalangnya.PALE BUTO LU!!!Aku datang universiti nak study,bukan jadi kuli la!Nak lawan pun,memang tak mungkin la.Junior 20 orang,senior dalam 80 orang,boleh ke?Kena la ikut cakap diorang.Tapi aku anggap tu semua bullshit!!Semester 2 ni aku mesti buat betul2.Aku nak biasiswa la,taknak merempat pakai PTPTN macam ehem2 kat kolej tu.Duit dah habis,tiap2 minggu mintak parents masuk duit RM500 dalam bank.Aku start duduk matrik aku dah segan la nak mintak duit kat mak bapak aku!Dah le skang ekonomi tengah teruk,lagi teruk kalo buat camtu,uhh!!

Okey la,aku habiskan segala bebelan kejadah aku kat sini je la.Rindu nak blogging dan berkomen2 dengan pembaca2 blog aku ni,hehe.Aku akan pastikan aku akan mampu blogging macam biasa walaupun bila cuti aku habis dan balik ke universiti nanti,haha.Keep reading!!

Thursday, 18 August 2011

Saje Saje : Galaksi Andromeda Akan Berlanggar Dengan Bumi Dalam 10-20 Tahun Lagi?

Posted by serenity9260 On 20:54 2 comments

Sebelum ni dalam post Gempak Aje : 2 Galaksi Akan Berlanggar, Atau Sudah Berlanggar?                
aku ada bagitaw yang jarak antara Galaksi Bima Sakti(kedudukan Bumi) dan Galaksi Andromeda semakin berkurangan, bermaksud semakin dekat.Dalam satu artikel Estidotmy, jarak antara 2 galaksi ini pada tahun 2000 ialah 5 juta tahun cahaya.Namun, kalau tengok data pada Wikipedia sekarang, jaraknya ialah 2.5 juta tahun cahaya (Wikipedia)


Ini bukan kelajuan yang sikit,ni kelajuan yang sangat laju.Dalam masa 10 tahun, jarak sudah berkurangan sehingga 2.5 juta tahun cahaya iaitu separuh dari jarak pada tahun 2000!Jika galaksi ni kekal pada kelajuan ni, Galaksi Bima Sakti dan Andromeda hanya tinggal jarak berapa tahun cahaya sahaja sebelum berlanggar antara satu sama lain. Bererti 10 tahun akan datang, jarak antara 2 galaksi ini akan kurang dari 1 juta tahun cahaya.Ini kiraan aku kelajuan Galaksi Andromeda sedang menuju Bima Sakti sekarang

10 tahun=2.5 juta tahun cahaya
1 tahun = 0.25 juta tahun cahaya

1 tahun=365 hari, 0.25 juta/365= 684.93 tahun cahaya
Kelajuan Andromeda dalam satu hari ialah 684.93 tahun cahaya
1hari=24 jam, 24 jam=1440 minit=86400 saat

Kelajuan Andromeda dalam masa sesaat= 684.93 tahun cahaya bahagi 86400 saat= 0.007tahun cahaya

kelajuan cahaya=300 000 km/s

jarak dilalui cahaya untuk satu tahun= 300 000 X 86400 X 365 = 9.46 X 1012  Km

kelajuan Andromeda=.0.007 X
9.46 X 1012 (tahun cahaya)= 6.62 X 1010 Km/s                       


Percaya tak Galaksi sebesar ni(Andromeda)mampu bergerak sepantas ni ke arah Bima Sakti?Boleh, kerana kelajuan maksimum sesuatu benda boleh dicapai dalam ruang vakum seperti angkasa.Tiada geseran, tiada halangan dan bebas dari graviti melainkan graviti dari Andromeda tu sendiri.Kekuatan graviti berdasarkan jisim sesuatu bahan.Semakin besar jisim, semakin besar graviti sesuatu objek.Sebab tu planet berputar mengelilingi matahari dalam sistem solar,bukan matahari mengelilingi planet kerana matahari ada jisim terbesar dan graviti terbesar dalam sistem solar.

Siapa tahu kenapa Black Hole atau Lubang Hitam di angkasa boleh menelan cahaya?Kerana ia memiliki kekuatan graviti terkuat.Galaksi berada di kedudukan kedua.Dengan kekuatan graviti sekuat itu, maka tak heran lah kalau kelajuan Galaksi Andromeda bergerak 10000 kali lebih pantas dari cahaya!

Maka, 10 tahun akan datang, Andromeda akan berada pada jarak kurang dari sejuta tahun cahaya dan menuju ke Bima Sakti pada kelajuan 6.62 X 1010 Km/s    .Tapi ni kelajuan sekarang.Kekuatan graviti meningkat jika jarak antara dua jisim bergraviti tinggi ni semakin dekat.Bermakna, pada jarak kurang satu tahun cahaya, lain pula kelajuannya.Ini dikukuhkan lagi dengan teori bahawa alam semesta berasal dari letupan Big Bang(ada dalam Al Quran) dan akan mengecil semula membetuk letupan Gnab Gib(terbalik daripada Big Bang).

Aku tak suruh korang percaya pun sebab ni kiraan aku je.Mungkin korang ada fakta atau cara kira yang lebih baik dan tepat. Kalau ada, jom la share sama2.

Komen : Mungkin inilah fakta yang NASA sedang sorokkan sebenarnya

Wednesday, 27 July 2011

Saje Saje : Lagu Dari Member Aku,9 Bulan 9 Hari

Posted by serenity9260 On 21:29 No comments

Malam tadi member aku,Asyraf Fragella menghantar lagu ni kat aku.Lagu ni dicipta sewaktu dia masih menuntut dekat Kolej Matrikulasi Johor(aku pun belajar kat situ jugak).Kalau tengok dekat tajuk ni korang mesti boleh teka ekk macam mana lagu ni.Jangan risau,takde isu sensitif, sebaliknya hanya menyampaikan lagu ni dengan suasana humor dan relaks.Sangat kreatif.Dia pun da ada band dia sendiri.Don't worry Acap,walau di mana lu berada,gua kawan lu bro,gua mesti support lu.Jom dengar lagu ni,Tak rugi layan!

Fragella - 9 bulan 9 hari.mp3

p/s:lirik aku saja tak tulis,korang kena dengar dulu,hehe

Monday, 25 July 2011

Saje Saje : Gambar Laptop Google,Chromebook

Posted by serenity9260 On 18:00 1 comment

Dulu Google ni hanyalah sebuah website yang menyediakan Google Search,lepas tu buat Gmail diorang.Tapi sekarang ni makin banyak benda yang cuba Google ceburi seperti Google Android,mengambil alih Youtube,Google Adsense,Blogger dan sebagainya.Dan kalau dilihat dari segi Google Android,agak menjengkelkan kerana mereka seperti cuba meniru Apple namun tiada apa2 tindakan dikenakan pada diorang nih.Sekarang tiba2 pulak diorang nak buat Chromebook,laptop diorang sendiri dengan Chrome OS,OS diorang sendiri.WTF??Mereka seperti mencuba sedaya upaya untuk memadamkan rekod Apple yang semakin menguasai pasaran dengan iPhone dan Macbook mereka.Tapi nak kritik lebih2 pun tak boleh jugak,orang bisnes,suka hati diorang la nak buat apa asalkan diorang dapat jadi kaya.

Monday, 18 July 2011

Saje Saje : Bye Bye Nuffnang, Hello Smowtion

Posted by serenity9260 On 20:07 No comments

Monetize your site!


Setelah menunggu lebih kurang 2 minggu aku tengok balance Nuffnang aku still kosong membuatkan aku mula rasa menyampah nak pakai nuffnang lagi(pengguna nuffnang jangan marah bila aku tulis post ni,aku memang tengah emo ni).Konon pakai buffered earnings,macam gempak sangat le pulak.Syarikat2 lain boleh je pakai campaign CPM,CPC dan CPA,untung je diorang tu.Konon banyak aktiviti buat untuk mendekatkan hubungan nuffnang dengan blogger.Bila aku ada baca blog kata Nuffnang sekarang cuma bayar blogger otai dan menggunakan teknik buffered earnings diorang yang mengarut tu,aku da mula tawar hati.Glitterati member?Ada blog dapat traffic 10000 impressions tiap2 hari,glitterati,hujung bulan dapat berapa je,sebab dia tak banyak join aktiviti nuffnang dan dia cuma orang baru.

Setakat nak manjakan orang yang setia dengan kau,baik aku keluar je la.Aku tak suka buat kerja dengan orang yang pilih kasih ni.Biar la sikit aku dapat daripada advertlets dengan smowtion janji puas hati

Kepada pengguna dan peminat nuffnang,minta maaf banyak2 la kalau entri ni mengguris hati korang tapi aku memang dah tak tahan.Sorry to say la.






Komen : Sorry nuffnang

Sunday, 17 July 2011

Saje Saje : Warez Tu Virus?Yeke?

Posted by serenity9260 On 18:50 1 comment

Kalau dalam label saje saje ni,maksudnya aku tengah membebel dengan pemikiran aku sendiri tentang apa yang aku tengah bebelkan ni.Korang nak baca pun boleh jugak.Tegur2 la kalau aku ada buat salah dalam tengah masyuk membebel ni(dah masyuk membebel boleh pulak tau bila aku salah,haha).Hari ni aku nak cerita pasal benda yang dah lama dah jadi isu  so,just nak bagitaw orang yang baru nak kenal2 IT atau orang yang dalam otak dia selama ni kata Warez tu jahat la,ada virus la. Korang nak taw apa yang aku taw pasal Warez ni,meh la baca.Masa aku sekolah dulu pun aku ingat Warez ni teruk sebab komputer aku pernah rosak sebab Warez ni.Tapi sekarang dah taw, taw la mana nak cari Warez yang selamat,hehe