Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Showing posts with label Giler Aje. Show all posts
Showing posts with label Giler Aje. Show all posts

Sunday, 22 January 2012

Giler Aje : Tertembak Paku Ke Dalam Kepala Secara Tak Sengaja

Posted by serenity9260 On 17:50 1 comment


Sememangnya Dante Autullo seorang lelaki yang kuat apabila beliau secara tak sengaja terbenamkan sebatang paku ke dalam kepalanya.

Autullo sedang berdiri di atas tangga mengambil mesin penembak paku di atas dinding,namun beliau gagal menggenggam mesin itu dengan baik lalu terlantun dan terkena kepalanya.

Ni artikel asal dari Chicago Tribune :

Autullo was standing on a ladder, reaching over his head to drive nails into the top of a wall, when he lost his grip on his nail gun. The recoil swung the gun back and pressed it against his skull. From the outside, it appeared to be a minor scrape, but just below the skin was the head of a nail.




Link Asal

Komen : Uhh,konfem pedih maa!!

Wednesday, 17 August 2011

Giler Aje : Motor Diperbuat Daripada CPU Komputer(Video)

Posted by serenity9260 On 18:35 No comments

Lama tak dengar cerita orang2 pandai yang tengah takde kerja ni buat apa ekk??Bukan orang ni sorang je,ramai lagi.Yang dah follow aku sejak blog ni mula mungkin tahu berapa banyak benda yang entah apa faedahnya pada orang lain yang aku tak tahu.Para pembaca mungkin tahu kot.Ni satu lagi rekaan yang memang jelas menunjukkan dia ni tengah takde kerja.Banyak2 benda boleh buat motor, kenapa la CPU komputer yang kau pilih?Tak sakit ke belakang kau nak bawak motor buat post macam tu je??Tapi rasanya untuk budak2 tadika dan sekolah rendah bawak,okey lah kot


Tuesday, 16 August 2011

Giler Aje : Perempuan Mengupah Pembunuh Di Dalam Facebook

Posted by serenity9260 On 18:42 No comments


Lepas clash,seorang wanita dari Philadelphia, London Eley berasa baran yang teramat sehingga ter-post dekat statusnya yang dia akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang berjaya membunuh ex-boyfriendnya.Seorang remaja yang tengah takde duit agaknya, Timothy Bynum menyatakan dia sanggup melakukannya demi ganjaran itu.

Perbuatan gila Eley itu ditegur oleh rakan2nya dan akhirnya Eley membatalkan hasratnya itu namun saudara ex-nya telah melihat perbuatan Eley dan mereport kepada polis akan perbuatannya.Eley dan Bynum masing2 di denda 35000 USD dan 50000 USD atas kesalahan itu.

Moralnya, kalau lepas clash tu jangancari Facebook dulu.Cari le Quran ke, wudhuk ke

Friday, 12 August 2011

Giler Aje : Pelajar Britain Melakukan Pembedahan Lidah Mahu Fasih Bahasa Korea

Posted by serenity9260 On 22:07 3 comments

Nampaknya demam Korea ni lebih hebat dari demam Bieber. Belum pernah dengar orang buat pembedahan tekak untuk dapatkan suara Bieber tapi pelajar Rhiannon Brooksbank-Jones, 19 tahun sanggup melakukan pembedahan lidah semata2 lidahnya tak cukup panjang untuk berbahasa Korea dengan fasih. Dia mendakwa ada beberapa perkataan yang dia gagal untuk sebut dengan baik.

Ibu bapanya bersetuju untuk membenarkan pembedahan selama 15 minit itu dijalankan ke atas mereka.Rhiannon mahu melanjutkan pelajaran di Korea dan oleh kerana itu,dia mahu bercakap bahsa Korea dengan fasih

Thursday, 11 August 2011

Giler Aje : Terjun Dengan Jentolak(Video)

Posted by serenity9260 On 20:01 1 comment

Aku ingat lagi masa kecik2 dulu suka cari macam2 dan buat macam2 untuk dapatkan feel terbaik masa terjun dalam kolam. Cuma style macam ni aku tak terfikir le pulak. Harap2 kat Sunway Lagoon tu ada jalan nak bagi jentolak ni masuk sampai kat kolam besar tu.Nak jugak buat macam ni!

Saturday, 30 July 2011

Giler Aje : Masak Hot Dog,Bacon,Lempeng,Air Dan Telur Dalam Kereta!(Video)

Posted by serenity9260 On 17:49 No comments

Dulu ada reader yang kata,lepas ni orang masak telur pulak dalam kereta.Nah,aku tunjuk yang kereta ni pulak,hahahaha!Tapi sayangnya telur tu tak masak,hanya bahagian putihnya sahaja yang keras(okey la tu,orang putih bukan suka ke telur separuh masak,hehe).Tapi yang lain(aku macam tak percaya!),lempeng hangus,hot dog dan bacon masak sampai merah kehitaman(dah nak hangus dah tu) dan air yang sangat panas!(tapi telur tak masak jugak,kesian).Nilah fenomena heat wave dari global warming yang semua orang nak cegah tu.

Thursday, 28 July 2011

Giler Aje : Parti Pantai Laut Hijau

Posted by serenity9260 On 20:36 No comments

Biasa tengok parit atau paya nampak benda2 hijau yang namanya alga tu,terasa geli le pulak tengok.Tapi masalahnya orang China kat sini boleh suka pulak kan.Aku tulis tajuknya macam ni bukan sempena tempat tu nama laut hijau,bukan bro.Laut kat sini memang hijau betul(alga je la hijau,air laut kaler macam biasa je).Oleh kerana tiada pilihan,penduduk Qingdao,Shandong di China terpaksa juga meneruskan beach party diorang ni.Kalau aku ingat lagi la ilmu biologi aku ni,fenomena ni namanya eutrophication(betul kan?Hehe)

Giler Aje : Kenderaan Darat Terbesar Di Dunia(6 Gambar Dan Video)

Posted by serenity9260 On 20:25 2 comments

Kenderaan terbesar ni ialah Bagger 288.Ia merupakan sebuah mesin melombong bergerak yang digunakan di Jerman.Digunakan untuk melombong arang batu,kenderaan ini bersaiz 315 ft tinggi dan 721 ft lebar.Mampu mengangkut arang batu sehingga 240 000 tan dalam masa sehari.

Giler Aje : Saintis Mencipta Anjing Glow In The Dark(3 Gambar)

Posted by serenity9260 On 20:07 No comments

 Mungkin tak glow seperti cat neon yang selalu digunakan tu tapi ini merupakan genetik mutan paling gila sekali saintis pernah buat.Aku tataw kenapa saintis dari Korea Selatan ni(tataw nama la pulak!)mencipta anjing genetik ni.Cuma tahniah la sebab anjing ni berjaya dimutankan tanpa sebarang masalah(buat masa sekarang la sebab masa aku belajar biologi tak silap mutan ni banyak efek jangka masa panjang)

Monday, 25 July 2011

Giler Aje : Lelaki Sanggup Tersumbat Di Dalam Lubang Kumbahan Semata2 Kerana iPhone(Video)

Posted by serenity9260 On 18:37 2 comments

 Aku sebenarnya lebih nak tulis kesian aje daripada giler aje,tapi memang giler arh,sanggup dia masuk dalam lubang najis ni semata2 nak cari iPhone dia.Bomba dengan Jabatan Air cuti ke hari tu?

Saturday, 23 July 2011

Giler Aje : Kereta Terlalu Panas Sehingga Boleh Buat Kuih!(Video)

Posted by serenity9260 On 19:19 1 comment

Ini satu perbandingan yang agak melampau la kalau nak kata dalam kereta sangat panas di tengah hari.Perempuan yang masak kuih dalam ni dia kata masak tapi aku tengok macam lembik je.Gaya kuih ni macam Chipsmore.Chipsmore bukan keras ke?

Giler Aje : 2 Bullet Train Berlanggar!!(Video)

Posted by serenity9260 On 19:12 1 comment

Momentum sebiji peluru sama dengan sebuah lori kerana walaupun lori lembab berbanding peluru,berat yang ada pada lori membuatkan ia turut mempunyai momentum yang tinggi dan hampir menyamai kekuatan peluru.Itu momentum pada yang berat tapi tak laju atau ringan tapi laju.Macam mana dengan momentum yang berat dan laju pada nilai yang tinggi?Ingat Bullet Train ni ringan ke?Kelajuan Bullet Train yang paling rendah antara 250 km/h hingga 300 km/h.Itu Bullet Train yang biasa.Macam mana dengan Super Bullet Train di Jepun?Mampu melebihi 500 km/h!Tapi nasib baik la kemalangan ni hanya melibatkan Bullet Train yang biasa.Namun,kesannya masih dahsyat!

Friday, 22 July 2011

Giler Aje : Jom Makan Sotong Hidup!(Video)

Posted by serenity9260 On 19:10 No comments

Jepun sememangnya terkenal dengan makanan exotic laut mentah mereka,namun yang ini sudah melampau-lampau exoticnya.Menurut apa yang diterangkan oleh chef masakan ini,sotong ini sebenarnya sudah mati dan masak untuk dimakan.Kaki2 sotong itu hanya bergerak disebabkan berlaku pengaliran kicap dan garam di dalam otot sotong tersebut yang membuatkan sotong ini bergerak apabila kicap mula dituangkan.

Tuesday, 12 July 2011

Giler Aje : Ekspidisi Menyelamatkan Kura-kura Ganas(Video)

Posted by serenity9260 On 19:09 No comments


Orang Malaysia agak beruntung kerana kura-kura di sini tidak sebesar dan seganas kura-kura dalam video ini.Digelar sebagai aligator snapping turtle, ia mempunyai sifat yang sama seperti seekor buaya iaitu menyerang dengan ganas.Dilihat kepada maklumat yang ada pada wikipedia,haiwan ganas ini mempunyai kuasa gigitan kedua terkuat daripada mana2 haiwan termasuk pemangsa(ye ke?).Namun,haiwan ini kini diancam kepupusan.Oleh itu,seorang aktivis Todd Bieber berusaha untuk menyelamatkan haiwan yang ganas ini.Tengok video ini macam mana dia melakukannya.

Giler Aje : Lelaki Menyamar Sebagai Perempuan Dalam Facebook

Posted by serenity9260 On 18:45 No comments

Wow,dasyatnye citer ni.Si penyamar ini bernama James Dollins,berumur 42 tahun menyamar sebagai Kelly Redkin untuk melepaskan tekanan dengan bermain perasaan dengan para remaja lelaki(apa motif die lepaskan tekanan cmni tah!)

Saturday, 9 July 2011

Giler Aje : Bas Daripada 24-karat Emas!!

Posted by serenity9260 On 19:08 2 comments

Haha,amacam ini punya bas?Banyak baik ka,taiko? Satu lagi cara China memberi keistimewaan kepada pelancong mereka dengan menyediakan bas yang disaluti emas 24-karat tulen!!Berharga 30 800$,bas ini sudah pun mula menjalankan operasinya pada 25 April 2011.Untuk meletakkan iklan pada setiap bas emas ini perlu dibayar pada harga 10% daripada harga asal bas ini.Bas ini mula digunakan di Bandar Nanjing.

Giler Aje : The Garbage Men, Band Paling Unik

Posted by serenity9260 On 18:28 No comments

Hari ni kita layan muzik sikit. 4 orang anak muda dari Sarasota menggelarkan band mereka sebagai The Garbage Men. Mana diorang dapat nama The Garbage Men? Mereka menggunakan sampah dan alat2 terpakai untuk mencipta muzik seperti dulang,kotak,batang paip,kayu dan sebagainya.Wow,best ke diorang buat lagu pakai benda2 tu?Nak taw,korang tengok dan nilaikan sendiri.Idea giler,tapi surely gempak sebab mampu main dengan muka yang begitu tebal sekali di depan orang ramai!!

Giler Aje : iPhone Menjadi Peluru Slingshot!!(Video)

Posted by serenity9260 On 18:18 3 comments

Arghhh!!!Apa punya otak la dia ni.Tengok la para pembaca sekalian, ini le rupa orang yang tengah takde keje dan berkepuk duit dalam poket dia. 3 iPhone telah jahanam sewaktu dia sedang melakukan ujian ni. Tapi yang aku tak pahamnya ialah untuk apa ujian ni dijalankan?Walaupun iPhone ni diperbuat daripada Gorilla glass iaitu kaca yang tahan lasak,ia tetap bukan digunakan untuk ketenteraan!Nak testing pun,testing yang biasa2 je dah la brader.Orang lain jual badan lagi semata2 nak dapatkan iPhone,ko senang2 jahanamkan 3 biji macam tu je.Bagi la aku sebijik ke,pembaca2 blog ni sebijik ke(bodek,haha). Kalau korang nak taw macam mana jahanamnya iPhone ni dia buat,tengok sendiri video ni. Untuk pencinta iPhone,pikir baik2 nak tengok video ni kerana kekejaman dia terhadap iPhone ni sangat dasyat!!

Thursday, 7 July 2011

Giler Aje : Lelaki Jepun Pecah Rekod Dunia Sekali Lagi Dengan Makan 69 Hot Dog

Posted by serenity9260 On 19:08 No comments

Itu dia,rekod dunia dipecahkan lagi sekali oleh lelaki Jepun ini. Takeru Kobayashi sememangnya lagenda dalam pertandingan memakan hot dog ini,memecahkan rekod sekali lagi dengan memakan sebanyak 69 hot dog!!Tahniah kepada dia.Uhuks!!

Monday, 4 July 2011

Giler Aje : Giler Punya Gelanggang Basketball!!

Posted by serenity9260 On 17:44 No comments

Giler tol siapa yang buat ni.Kalau memang buat atas bukit boleh terima lagi dia buat macam ni.Atas tanah lapang dan rata,dia tambah bukit dekat gelanggang ni,kononnya nak buat game ni lebih mencabar.Terbaik la siapa yang boleh main dekat sini.Gelanggang ni terletak di Occupational School Center Munich, Germany