Torrent tu apa? Kalau korang bukan kaki download, mungkin tak tahu. Sekarang ni susah nak download free direct macam dulu-dulu. Dulu Bersepah dengan Mediafire, Zippyshare, Mp3boo.com or so on. Sekarang makin susah sebab online law ni dah makin power. Kemain laju lagi kickass kena block tahun ni. Ye dok? Torrent ni sekarang antara sumber download yang still aktif sekarang sebab lagu atau movie yang korang download tu directly daripada laptop orang yang sedut lagu atau movie tu, so takkan law firm rajin sangat nak pecah rumah orang satu2 check laptop tanya " Wei hawau, kau ada download torrent ke? Meh sini check laptop kau" Dah kantoi semua dirty secret ko,huhu.
Cuma, torrent ni pedih dia kalau internet korang speed dia tak lebih 8mbps. Senang cerita, kalau korang takde unifi, confirm menangis tunggu torrent ni. Saiz 300MB je, download dekat 3 jam sebab seeder sikit je. Kalau boleh download pakai Internet Download Manager(IDM) lain cerita, apa-apa jenis internet pakai memang laju
Kadang-kadang celaka jugak pakai uTorrent ni,bukan sepanjang masa laju macam ni so kena jugak pakai alternatif lain. Salah satunya, tukar link dia jadi link untuk IDM download. (Hopefully korang faham setakat ni).

Langkah 1: Register akaun dekat website ni = https://www.seedr.cc/files
Jangan mengada kata leceh la, nanti kena bayar la, apa la. Aku dah pakai website ni 3 tahun, jangan risau. Daftar pun tak sampai 10 saat kalau link dengan akaun Facebook korang. Limit untuk free akaun ialah 2gb saiz maksimum file yang korang nak download. So rasanya kalau download movie n lagu, rasanya tak lebih kot 2gb, melainkan korang nak download 1 season Dragonball atau drama2 TV lain, tu tak lepas la, sorry, kena beli premium akaun pulak
Langkah 2: Pergi website https://kickass.unblocked.pro/full/ .

Sebelah kanan tu,korang nampak icon magnet tu. Right-click dan copy link tu
Langkah 3: Paste dekat ruangan " Paste torrent URL "

Langkah 4: Tunggu dia habis proses dan download lepas file korang siap. Biasanya tak sampai seminit, bergantung pada jumlah seed. Biasanya 100 seed dah okay

Sebelah kiri saiz file korang tu ada button untuk download tapi korang kena lalukan mouse korang kat kawasan tu, nanti ada.
Settle. Lepas ni boleh sedut lagu n movie sampai buntal tanpa halangan. Kalau belum ada IDM, boleh download dulu dekat website kickass yang aku tunjuk kat atas tadi tu. Kalau malas sangat, meh aku bagi link kat sini . Kalau tak reti crack IDM tu, komen je, nanti aku ajo ye
1 comments:
nice article
Post a Comment