Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Showing posts with label Gempak Aje. Show all posts
Showing posts with label Gempak Aje. Show all posts

Thursday, 15 September 2011

Gempak Aje : Sebuah Planet Mengorbit Dua Bintang

Posted by serenity9260 On 19:31 1 comment



Bagi peminat2 astronomi, ini merupakan antara penemuan yang paling menakjubkan sepanjang sejarah sains astronomi. Kebiasaannya memang mudah untuk menemui planet mengorbit sebuah bintang seperti 9 planet mengelilingi sebuah matahari dalam sistem solar ni. Namun, sebuah planet mengelilingi sehingga 2 buah bintang memang menakjubkan, hasil dari penemuan satelit Keppler. Kajian lebih lanjut akan dijalankan ke atas planet ni untuk mengkaji fenomena baru ni

Link asal

Wednesday, 24 August 2011

Gempak Aje : Video Sebuah Black Hole Menelan Bintang!

Posted by serenity9260 On 21:59 3 comments

Satelit Swift NASA mengesan bentuk letupan yang aneh di ruang angkasa buruj Draco. Para saintis mendakwa black hole tu memiliki tenaga sehingga 2 kali ganda 4 juta jisim matahari(anggaran 8 juta jisim matahari), berada di tengah2 Galaksi Milky Way, tempat tinggal Bumi(jauh rasanya)



Komen : Langit pun mula menunjukkan tanda2 akan musnah

Friday, 12 August 2011

Gempak Aje : Pejuang Syria Menggunakan Bateri Dan Air Untuk Mengecas Handset

Posted by serenity9260 On 22:17 No comments

Kerajaan Syria nekad untuk memutuskan bekalan elektrik untuk kegunaan domestik. Oleh itu pejuang Syria terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan bekalan elektrik. Salah satu benda penting yang perlukan elektrik ialah handset mereka untuk berkomunikasi dengan rakan pejuang yang lain.Ini penting supaya strategi perang mereka dapat dilancarkan dengan licin.

Mereka mendakwa mereka menggunakan 2 biji bateri Duracell dan secawan air untuk cas handset2 mereka.Bateri diletakkan di dalam cawan selama setengah atau satu jam, kemudian bateri disabungkan dengan wayar USB kepada handset untuk mengecas handset itu.

Ini cuma pendedahan mereka di dalam akhbar namun tiada bukti visual yang sebenar bagaimana mereka melakukan semua ini.Para jurutera dan saintis masih gagal untuk menjelaskan bagaimana idea ini dilakukan.
Artikel asal

Komen : Orang Arab memang pandai dan cepat belajar berbanding bangsa lain

Gempak Aje : 2 Galaksi Akan Berlanggar, Atau Sudah Berlanggar?

Posted by serenity9260 On 21:58 No comments

Walaupun gambar ini bukan menunjukkan Galaksi Bima Sakti yang kita duduki sekarang ni, namun kesan kemusnahan yang berlaku jika 2 galaksi ini berlanggar sangat dahsyat.Mungkin sedahsyat letupan Big Bang. NASA baru mengesan dan mengambil gambar bahawa 2 galaksi iaitu Utara VV 40 dan VV 40 semakin dekat atau akan berlanggar jika kelajuan ini tidak berubah!Namun tidak dapat dipastikan adakah perlanggaran ini sudah terjadi atau tidak kerana gambar ini ditangkap pada masa tahun cahaya iaitu lebih kurang 450 juta tahun cahaya!(Kemungkinan besar dah berlanggar!).Mungkinkah fenomena ni akan terjadi pada Galaksi Bima Sakti dan jiran terdekat, Andromeda?Memandangkan jarak Andromeda dan Bima Sakti dikesan telah berkurang dengan mendadak sekali!

Friday, 5 August 2011

Gempak Aje : Peluncur Ombak Professional Termuda Di Dunia Ialah 2 Tahun

Posted by serenity9260 On 17:46 1 comment

Mula2,kakaknya yang berusia 4 tahun yang mendapat rekod ni namun Jaylan Amor turut menunjukkan minatnya dalam sukan meluncur ini sehingga kedua2 mereka mendapat biasiswa untuk menjadi peluncur professional dan serius suatu hari nanti.

Sentiasa diperhatikan oleh ayahnya dan meluncur bersama kakaknya,dia merupakan antara harapan ramai kumpulan2 peluncur terkenal dunia yang akan menyaksikan bakat besar ini menggantikan Kelly Slater!

Artikel asal

Gempak Aje : Pelukis Tatu Berusia 3 Tahun

Posted by serenity9260 On 17:39 2 comments



Dia buat tatu bukan sebarangan tatu.Bukan tatu itam putih yang orang melayu selalu buat tu.Ni tatu artistik kaler hijau yang memang nice sekali dia buat.

Baru berusia 3 tahun,Ruby Dickinson membantu ayahnya, Dickinson,37 membuat tatu di kedai.Ayahnya turut membelikan sebuah mesin tatu yang kecil sedikit khas untuk anaknya melakukan kerja kegemarannya tu.


Artikel asal

Wednesday, 3 August 2011

Gempak Aje : Senarai Baru 7 Bangunan Tertinggi Di Dunia

Posted by serenity9260 On 19:53 3 comments

Semalam terdengar satu berita yang mengejutkan iaitu satu lagi bangunan tertinggi di dunia akan dibina untuk menyaingi bangunan tertinggi masakini iaitu Burj Al Dubai.Terletak di Jeddah,Arab Saudi,dunia bakal menyaksikan satu lagi pembinaan bangunan tertinggi di dunia iaitu Kingdom Tower(lupa lak nama arab dia) setinggi satu kilometer.Berapa tinggi satu kilometer tu?Cari mana2 jalan yang lurus panjang satu kilometer pastu korang tegakkan 90 darjah,dah siap menara satu kilometer korang,haha.Sebenarnya aku agak terkilan dengan pembinaan menara ni sebab ada tanda2 kiamat bahawa manusia akan berlumba2 bina bangunan pencakar langit dan bermegah-megah dengannya.Tak sangka akhirnya orang arab sendiri yang berlumba2 buat menara pencakar langit ni.Perbuatan ni menggambarkan dua sifat buruk yang sangat ketara iaitu pembaziran dan riak.Jangan cerita pasal kecanggihan teknologi la sebab duit 1 billion tu boleh tolong macam2 universiti untuk buat teknologi yang lebih berfaedah

Komen : Siapa tak tengok lagi video Raja Arab habiskan 1juta dalam satu malam dekat kelab tarian gelek?

Monday, 1 August 2011

Gempak Aje : Dolfin Yang Berkuasa Wolverine!(3 Gambar)

Posted by serenity9260 On 19:50 1 comment

Err,Wolverine yang aku maksudkan bukan cakar2 besi dia tu.Kuasa Wolverine yang satu lagi iaitu luka sembuh pada kelajuan yang luar biasa.Walaupun tak selaju macam Wolverine,tapi ia tetap hebat.Dolfin di atas ni minggu lepas ia baru sahaja diselamatkan daripada serangan seekor jerung.Beberapa gigitan kena pada dolfin ni,namun dolfin ini dikatakan tidak berdarah selepas dibaham.Tanpa sebarang parut,luka itu telah sembuh selepas seminggu.Cuba korang try biar jerung gigit belakang korang(rasanya tak lama kot,haha).Kalau takut sangat,try kasi jerung gigit lembu korang(rasanya tulang pun tak tinggal,haha),lepas seminggu,ada parut tak?

Sunday, 31 July 2011

Gempak Aje : Monyet Menyusukan Anak Harimau(Video)

Posted by serenity9260 On 17:43 No comments

Rasanya sekarang memang ada kumpulan yang melatih kumpulan2 monyet ni supaya boleh melakukan kerja2 manusia.Sekarang,ada pula beruk yang dilatih untuk menyusukan anak harimau,antara haiwan yang paling ditakuti semua haiwan darat

Friday, 22 July 2011

Gempak Aje : Air Terjun Mengalir Secara Songsang(Video)

Posted by serenity9260 On 19:03 1 comment

Subhanallah,kalau Allah kata boleh air terjun ni mengalir songsang,boleh je dia songsangkan.Disebabkan kekuatan angin yang luar biasa,air terjun di Australia mengalir naik semula ke atas dan tak dapat turun ke bawah.Dilaporkan kekuatan angin mencapai kelajuan sehingga 120 km/h dan kejadian ini berlaku selama 24 jam!Hampir satu hari!Kawasan perairan Australia turut dikejutkan dengan amaran ombak setinggi 5 meter disebabkan kekuatan angin tersebut

Thursday, 21 July 2011

Gempak Aje : Kura-kura Menggunakan Roda Sebagai Kaki Palsu

Posted by serenity9260 On 18:50 No comments

Kesian kepada kura-kura ini kerana bahagian kaki sebelah kirinya diserang penyakit yang membuatkan kakinya terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan.Untuk memudahkan Gamera(nama kura-kura ni),para veterinar memasangkan roda pada bahagian kaki yang telah dipotong itu.Walaupun kehidupan kura-kura lebih banyak di dalam air,pemasangan roda ini diharapkan agar ia mudah berjalan ketika di darat.Kerja ini dilakukan oleh sukarelawan Washington State University's College of Veterinary .

Wednesday, 20 July 2011

Gempak Aje : Tokong Yang Dibuat Daripada Botol Arak(Gambar)

Posted by serenity9260 On 18:59 No comments

 Aku tak tipu la,tengok betul2 jambatan kat belakang sami tu buat daripada apa?Keunikan tokong ni ialah ia dibuat daripada botol2 kaca yang kebanyakannya botol arak.Jangan anggap ni macam penghinaan pulak ataupun provokasi.Sami tu menerangkan bahawa tujuan mereka membina tokong ni untuk menggalakkan penduduk setempat supaya mengamalkan budaya kitar semula barang terpakai.Banyak botol ni.Sami2 di situ mula mengumpulkan botol2 ini sejak tahun 1984 lagi.Tokong ini siap dibina dan terletak di Kunh Han di Thailand(dekat je)

Gempak Aje : Nenek Dengan 700 Ekor Kucingnya

Posted by serenity9260 On 18:51 1 comment

Sebelum ini,Lynea Lattanzio pernah memasuki National Geographic kerana pekerjaannya menyelamatkan kucing yang terbiar.Namun kali ni dia masuk sekali lagi ke dalam rancangan dokumentari itu semula kerana jumlah kucing itu kini melebihi 700 ekor!Tengok la rumah dia ni,da macam tempat menternak kucing le pulak.Harap2 kucing ni berak la jauh2 sebab kalau semua berak dekat2,pengsan pulak nenek ni,hehe.Gurau je nek.



Gempak Aje : Enjin Diesel Terbesar Di Dunia

Posted by serenity9260 On 18:39 1 comment


Jangan risau,ni bukan enjin untuk lori dalam gambar ni.Enjin diesel terbesar di dunia ini digunakan untuk sebuah kapal di China iaitu Emma Mærsk.Enjin ni terbesar di dunia sebab kapal yang pakai enjin ni pun merupakan kapal kargo yang terbesar di dunia.Kapal ini mampu membawa beban sehingga 170 974 tan sekali jalan dan bergerak pada kelajuan 31 knots(aku rasa ni speed ni laju kot untuk kapal).Nak tengok besar mana kapal ni?Tekan read more ni,hehe

Tuesday, 19 July 2011

Gempak Aje : Pertandingan Menyalut Badan Dengan Lebah(Gambar)

Posted by serenity9260 On 21:37 No comments

 
Tengok la video2 orang putih ke,ripley ke,ape barang beb pakai suit nak letak lebah kat badan.Berlengging ar baru berani!!Takde video ar,kalau ada,baru nampak real sikit,hehe.Apa2 hal,2 orang China yang sedang bertanding untuk mencipta rekod ni memang da tak boleh pikir rekod lain dah nak dibuat,hehe.2 orang dari China ini ialah Wang Dalin(40 tahun) dan Lc Kongjiang(20 tahun) berjaya bertahan selama 60 minit!!Tahniah kerana masih hidup lagi selepas tu,hehe.Mereka cuma dibenarkan memakai goggle,seluar pendek dan nose plug sewaktu pertandingan

Monday, 18 July 2011

Gempak Aje : Rupa Cacing Di Kawasan Geotherma

Posted by serenity9260 On 19:50 1 comment

Nasib baik la aku kata cacing je.Kalau aku kata ni jerung yang baru ditemui?Ini rupa kepala seekor cacing selepas dibesarkan saiznya menggunakan Quanta Scanning Electron Microscope yang mampu membesarkan saiz imej sehingga sejuta kali ganda(tanya la lecture korang betul ke tak).Cacing ni ditemui di kawasan geotherma di mana gas panas dan air bertemu menghasilkan wap panas.Makanan cacing ni ialah karbon yang dibebaskan oleh bakteria sekitarnya

Komen : Nasib baik la kecik je cacing ni

Gempak Aje : Contact Lens Daripada Emas Dan Berlian

Posted by serenity9260 On 19:45 No comments

Ah sudah,semuanya nak dimewahkannya!!Itu emas,ini berlian.Entah berapa la harga contact lens ni.Tak sakit ke letak besi kat mata ni?Apa punya idea la diorang ni.Tak boleh buat benda lain ke?Nak kenal siapa yang buat benda ni?Nama pereka lens ni ialah Chandrashekhar Chawan dan Sanjay Shah, pereka dari India membuat lens ini daripada berlian dan emas yang berharga $15,000 sepasang.Ia dihadkan kepada 3996 pasang sahaja secara eksklusif di seluruh dunia.

Komen : Sumpah ngeri!!

Gempak Aje : iPhone4 Yang Jatuh Setinggi 13500 Kaki

Posted by serenity9260 On 19:40 6 comments

Hahaha,ni la rupe iphone4 tu lepas jatuh.Entah macam mana,lelaki bernama Minnesotan Jarrod McKinney terlupa menyimpan iphonennya di tempat yang selamat sebelum melakukan terjunan dari udara setinggi 13500 kaki di udara.Apabila dia menjumpai iphonennya,dia sangkakan iphonenya sudah barai habis, namun apabila instructornya cuba menguji handset itu dengan call nombor dia,iphone mula bergetar.Dia berasa lega kerana semua fungsi iPhone4 nya masih berfungsi seperti GPS, pemain muzik, internet dan sebagainya masih berfungsi dengan baik.Cuma dia hanya perlu menukar skrin iPhone kerana barai yang sangat teruk.Tahniah kepada iPhone kerana berjaya menghasilkan handset yang tahan untuk semua orang.

Komen : Peh,barai!!!

Wednesday, 13 July 2011

Gempak Aje : Pedang Terbaru Dari Cold Steel,Mungkinkah Pedang Armaegeddon?

Posted by serenity9260 On 19:29 6 comments





Aku teringat dulu kawan aku pernah cakap Israel dah buat lebih dari 70 000 pedang titanium, yang mungkin akan digunakan untuk perang akhir zaman kelak.Pedang titanium ni sangat kuat dan ringan, malahan mepunyai keupayaan untuk melentur dan kembali ke bentuk asalnya tanpa cacat cela.Pedang titanium ini juga dikatakan mampu membelah pokok walaupun orang yang pertama kali memegang pedang mampu memotong pokok dengan sekali hayun sahaja.Walaupun dalam video ni tak tunjuk demo dia belah pokok,tapi kekuatan pedang tu sangat mengagumkan.Mungkinkah ini pedang yang sedang dibina untuk sekala besar tu?Korang tengok sendiri la macam mana kuatnya pedang ni.Parang yang aku tengok orang potong kepala lembu pun susah nak pecahkan kepala lembu tu.

Komen : Wow,mereka dah bersedia

Sunday, 19 June 2011

Gempak Aje : Istana Muncul Di Tengah-tengah Sungai Huang Shan (Mirage)

Posted by serenity9260 On 07:41 No comments


Nampak macam istana hantu pun ada,huhu.Masa dia zoom dalam video ni memang agak seram sikit la,tapi tengok dari jauh,memang cantik!Fenomena ni berlaku selepas berlaku kabus tebal di sekitar sungai ini.Memang hebat mirage ni sebab nampak real dan besar berbanding mirage2 yang biasa dilihat.



Komen: Kalau jadi kat laut cina selatan,mesti best!!