Aku sebenarnya agak kagum la dengan magic ni tapi da kantoi kan?tak kagum lagi la.Ada yang kata mereka betul2 boleh terapung.Apa2 pun tengok la video ni kalau korang nak taw apa rahsia diorang boleh terapung
Sebenarnya artikel ni agak panjang tapi memandangkan ia merupakan sesuatu isu yang penting mengenai keselamatan semua orang,baik aku cuba fahamkan artikel yang aku jumpa ni dan share dengan korang.[...]
Banyak teori konspirasi yang wujud di dunia ni terutamanya sejak wujudnya internet ni. Macam2 bukti didakwa betul yang datang dari internet tapi nak percaya ke tidak, itu terserah kepada individu tu.
Syarikat Samsung asyik kena tibai dengan Apple, tapi entah kenapa Apple takut pulak nak tibai HTC ni. Mungkin pengaruh HTC ni lebih besar kot. Terbaru dari HTC, model HTC Ruby Amaze telah pun kelihatan. Dikatakan menggunakan CPU 1.5 GHz, mungkin ni boleh dikatakan smartphone yang grand lah dari HTC ni. Ditambah lagi dengan skrin qHD bersaiz 4.3 inci, 1GB RAM, kamera 8 Megapixel dan kamera depan 2 Megapixel, HTC Amaze sudah bersedia untuk mengujakan orang ramai sebelum ia keluar nanti.
Sebelum aku terangkan dulu, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang. Masa dulu2, aku rasa raya kelima masih boleh lagi wish raya, tapi zaman sekarang ni rasa da takde feeling lagi kot lepas hari raya kelima ni. Baru habis cuti kat kampung dan baru dapat pegang laptop ni. Kalau tak, asyik layan orang je lah kerja aku ni.
Cerita ni aku dapat masa raya kedua, masa tengah masyuk2 layan Opera Mini, macam tak percaya pulak apa yang aku jumpa ni. Akhirnya impian ahli fizik Rusia, Nikola Tesla menjadi kenyataan bila dia menjangkakan bahawa teknologi akan datang, elektrik boleh dialirkan secara gelombang. Sekarang, ambik kau!Kata2nya yang dilihat mustahil pada zaman Perang Dunia Kedua tu menjadi kenyataan selepas setengah abad!
Cuma yang merealisasikan kata2 Tesla bukanlah orang Rusia tapi orang Jepun. Syarikat SHARP berjaya mencipta model terbaru, SHARP AQUOS SH-13C yang mana ia merupakan smartphone pertama boleh mengecas bateri tanpa wayar atau wireless!Yeah, takde lagi masalah wayar loose nak cucuk kat handset korang lagi.
Spesifikasi yang ada ialah berkuasa Android 2.3, skrin qHD bersaiz 3.7 inci, beresolusi 540x980, UI TapFlow dan kamera 8.1 Megapixel.
Awek dalam gambar ni memang lawa tapi bukan tu yang aku nak fokuskan. Terus terang aku merupakan antara orang yang minat dengan barang2 LG ni sebab memang kena dengan hidup Multimedia aku. Aku perlukan gadget yang mampu bawa grafik beresolusi tinggi, sound yang superb, gaming system yang mantap, UI yang lain dari yang lain dan paling penting LG tak terkenal kat Malaysia, wakakakaka. Aku memang tak suka pakai barang yang orang selalu cari atau cari minat yang yang biasa sangat jumpa kat Malaysia ni. Bila orang nak ambik lagu dekat handset aku, selalu tanya ni band mana kau sebat ni?Hehe.
Sayangnya LG ni barang2 dia bukan senang nak cari yang murah sebab susah nak cari handset dia yang simple2 macam Lolipop dan Ice Cream kat Malaysia ni(tu nama model handset LG, bukan makanan!). Hari tu aku ada review pasal LG Optimus 3D yang aku rasa dah tenggelam populariti dia tapi handset tu memang best dengan function 3D superb dia.Kali ni LG nak perkenalkan laptop berkonsepkan gaming laptop bergrafik 3D. Bunyi memang mengancam!Model LG A530 ni mempunyai skrin 15 inci resolusi 1920x1080 HD. Yang terbaik ialah laptop ni ada webcam 3D! So kalau buat aksi lebih2 depan webcam tu, mesti member yang tengah chatting tu terlebih feel rasanya!Tambah lagi dengan memori 8GB RAM, erm, ni mungkin laptop yang mampu memberi saingan pada Alienware M17 pada mata aku.
Satu lagi yang LG akan lakukan ialah LG telah berjaya menyiapkan projek mega mereka iaitu LG’s Advanced High Performance In-Plane Switching (IPS) LCD. Apa kejadahnya projek ni? LG bakal membuka arena baru dalam smartphone apabila dia turut berjaya menyediakan teknologi displaynya sendiri seperti AMOLED dan Retina Display(Apple).Diringkaskan kepada AH-IPS, teknologi ni berjaya mengatasi teknologi Super AMOLED milik Samsung dan HTC dari segi display HD dan bekalan kuasa. AH-IPS mampu menyokong resolusi sehingga 1280x720 HD, maksudnya kalau korang habis download movie yang Blu-RayRip pakai handset LG ni, tak perlu convert nak kecikkan skrin, terus je play dalam LG ni(kalau laju la download pakai handset dekat Malaysia ni).
Mungkin LG akan terlepas perang smartphone pada bulan September ni tapi siri AH-IPS dari LG ni pasti akan membuatkan Steve Jobs terpaksa panggil anak buah dia sama2 kerut kepala apa yang diorang patut buat untuk iPhone 6!(sebab iPhone 5 dah siap, jadi tak boleh nak renovate lagi dah,hehe).
Nampaknya China merupakan negara pertama yang menerima iPhone 5 yang dinantikan di seluruh dunia.Tapi ni prank je la sebab iPhone 5 yang dijual di China tu konfem2 la palsu belaka semuanya. Lebih nipis daripada Samsung Galaxy S2, sedikit lagging namun ada multitouchscreen. Sebelum ni pernah tengok gak la member pakai iPhone cina, memang hampeh.Tataw la kalau iPhone 5 cina ni baik sikit. Macam biasa, Apple cuba mencari jalan untuk sekat penjualan iPhone 5 ni tapi kalau nak lawan China, memang susah la. Semoga berjaya la Apple, haha
Ramai orang tahu yang syarikat HTC antara syarikat paling tak reti nak jaga rahsia gadget2nya yang akan datang.Gadget2 HTC biasanya memang senang diketahui walaupun tarikh keluar secara rasmi still berbulan lagi.
Terbaru, tablet HTC Puccini pula kantoi dengan Pocketnow, siap dapat gambar skrin dia lagi.Tapi spesifikasi yang kantoi ni tak berapa best la pulak sebab processornya hanya 1.5 GHz(Hercules dengan Acer Iconia Smart pun 1.5 jugak.Apa kes processor tablet sama standard je dengan smartphone biasa), kamera 8MP(4 handset yang akan datang pun 8MP gak tapi yang ni boleh tahan la kot,takkan tablet nak kamera power2.Siapa nak ambik gambar pakai tablet ekk?) dan skrin bersaiz 10 inci.Memandangkan iPad 3 masih tataw lagi apa spesifikasinya,mungkin ni peluang Apple untuk menambah power processor pada iPad 3 sebelum dikeluarkan
Semalam baru baca surat khabar dan ternampak iklan yang Motorola Atrix mula dijual di Malaysia dan digelar sebagai The Most Powerful Smartphone In The World!Namun untuk bahagian smartphone canggih,memang Atrix pemenangnya. Tapi untuk kategori smartphone multimedia, siri Motorola Droid merupakan pemenangnya.Rujuk sini untuk lihat carta smartphone multimedia terbaik dunia.Dan macam yang aku gitaw,aku lagi suka handphone2 multimedia berbanding handphone2 canggih giler tapi lepas dah beli blur sebab tak reti nak pakai,hehe. Jadi,kehadiran siri Motorola Droid yang terbaru ni pastinya akan cuba menggoda aku habis-habisan untuk survey handphone apa yang terbaik bila aku berkemampuan kelak.
Terbaru dari siri Droid, Motorola Droid HD dikantoikan yang ia memiliki skrin bersaiz 4.5 inci, HD display, kamera 8 MP dan boleh mengambil video beresolusi 1080p.Sememangnya handset yang best untuk multimedia dan berjaya menggoda aku untuk tunggu dan lihat perang smartphone generasi baru ini.Walaupun mungkin tidak keluar pada bulan 9, sekurang2nya Motorola akan menyertai perang Smartphone generasi baru ni lewat sedikit.Ini bererti 5 smartphone akan memberi yang terbaik untuk menang dalam perang ini. 5 peserta tu ialah Apple(iPhone 5), Samsung(Samsung Hercules), Acer(Acer Iconia Smart), HTC(HTC Ruby) dan Motorola(Motorola Droid HD)
Ini satu berita baik untuk pengguna smartphone yang berkuasa Windows Phone 7 untuk kerek2 dengan member2 diorang yang takde Windows Phone 7 .Terdapat trik untuk membolehkan Windows 7 PC boleh dikawal oleh WP7.Kira lepas ni senang lah nak buat kerja lain.
Boleh cuba trik tu kat sini.Segala risiko korang tanggung sendiri sebab aku takde WP7 so aku takley nak buat atau guide kalau korang ada problem
Untuk kaki2 gadget dan pembaca blog ni,semua dah taw bahawa bulan 9 ni merupakan bulan pelancaran banyak handset baru yang akan dikeluarkan.Boleh dikatakan sebagai perang antara syarikat smartphone terkemuka di dunia.Walaupun HTC belum mengeluarkan apa2 kenyataan,tapi memang ada kemungkinan bahawa dia mungkin akan turut serta dalam perang ini dengan model terbarunya yang masih dirahsiakan pelancarannya,HTC Ruby.
Berdasarkan spesifikasi yang dikantoikan setakat ini,ia seperti mengatasi Samsung Hercules 4G yang pernah dilaporkan sebelum ini dan mungkin bakal mengatasi iPhone5,sekaligus menamatkan penguasaan iPhone dalam pasaran smartphone(mati la kau,iPhone! :P ).HTC Ruby memliki prosessor 1.5 GHz, skrin 4.3 inci qHD, kamera 8 MP, kamera hadapan 2 MP, 1GB RAM dan Bluetooth 3.0.Jangan risau,ia memiliki Wifi, Android 2.3 Gingerbread dan internet HSPA+.Dengan spesifikasi sehebat ni,iPhone5 mesti mempunyai spesifikasi yang lebih baik atau pasaran mereka akan turun.
Jika HTC berminat untuk menyertai perang ini,maka jumlah peserta yang ada ialah 4 iaitu Apple(iPhone 5), Acer(Acer Iconia Smart), Samsung(Samsung Hercules 4G), dan HTC(HTC Ruby).Adakah Apple akan lawan secara adil atau lawan macam pondan dengan menyekat penjualan smartphone lain seperti yang berlaku pada Samsung Galaxy Tab di Eropah?(salah satu sebab kenapa Apple kekal di atas kerana Apple banyak songeh kat mahkamah claim macam2 ke atas syarikat2 yang dia dakwa meniru iPhone dan iPad)
Pesaing smartphone OS yang semakin naik, Windows Phone 7 turut berminat untuk turut serta "berperang" pada bulan September tahun ini apabila akan melancarkan versi Windows Phone 7 Mango.Jika ini benar berlaku, maka 4 syarikat sudah bersedia untuk menunjukkan taring mereka siapakah pembangun smartphone terbaik iaitu Acer, Samsung, Apple dan Windows pada bulan 9 ini.HTC, Blackberry, Motorola, LG dan Sony Ericsson, takut ke nak lawan?Jom keluarkan smartphone korang pulak bulan 9 ni,hehe
Credit to RootzWiki.
Google Android versi 4.0 yang ditunggu2 telah pun tiba iaitu Google Android Ice Cream Sandwich.Smartphone pertama yang akan menerima Android ini sudah tentunya musuh ketat iPhone iaitu Samsung. Septatutnya model pertama Android 4.0 ialah Samsung Nexus Prime namun nampaknya model yang digunakan dalam gambar ni ialah Samsung Nexus S di mana pemilik2 Nexus S boleh updatenya nanti.Masih ada bahagian yang dicensored membuatkan UI ni mungkin ada kelainannya(walaupun aku tengok sama je.
First time mendengar phoneblet kerana Acer baru mendedahkan bahawa smartphone terbarunya merupakan smartphone tablet hybrid yang diringkaskan menjadi phoneblet. Mempunyai skrin sebesar 4.8 inci dengan pixel 480 x 1020, phoneblet ni dijangka akan mencetuskan satu lagi fenomena smartphone selepas iPhone. Acer kurang terkenal di Malaysia memandangkan harga smartphonenya yang luar biasa mahalnya dan kurang pendedahan namun siri Acer Liquid terkenal dengan segala fungsi yang mampu disumbat ke dalam smartphone itu.Dijangka smartphone ni akan masuk ke pasaran pada September tahun ni, waktu yang sama iPhone5 dijangka akan dilancarkan.Setakat ni, 3 syarikat smartphone terkemuka mahu mengeluarkan smartphone terbaru pada bulan September tahun ini iaitu Apple(iPhone 5), Samsung(Samsung Hercules 4G) dan Acer(Acer Iconia Smart).Jom tengok siapa yang kena tendang nanti.(rasanya dah boleh jangka siapa menang).Aku sokong Samsung Hercules 4G menang!Hidup Asia!(emo kejap).
Berikut ialah spesifikasi Acer Iconia Smart dari GSMArena
Sebelum ni pernah ada joystick untuk smartphone touchscreen ni(Cool Aje : Joystick Untuk Para Pengguna Smartphone). Yang tu pun ok jugak tapi yang ni lagi best,terus pakai joystick yang biasa pakai dekat Playstation tu.Untuk menggunakannya,pengguna perlu memiliki Dualshock 3 dan Sixaxis Controller Apps(aplikasi dalam Android).Lepas menyambungkan Dualshock 3 dengan Android melalui Bluetooth dan Sixaxis ni,player boleh main sepuas2nya dengan kepuasan seperti bermain PSP!!Tapi sebelum download Sixaxis dan beli Dualshock 3,pastikan pengguna dah cek compatibility Sixaxis dengan aplikasi Sixaxis Compatibility Checker
Belum diketahui lagi apa nama handset ni tapi LG sekali lagi muncul dengan kelainan handsetnya dengan membawa smartphone Android berkonsepkan dual - screen seperti Nintendo DS cuma ditambah dengan keypad. Dijangka akan dikeluarkan pada 14 September oleh T-Mobile,handset ni mungkin diberi nama Maxx Q, Flip 2 atau Optimus 2.
Tataw macam mana aku boleh terkata pelik pulak design HTC macam ni.Rasanya ok la kot,lagipun handset HTC memang semuanya susah nak dibezakan sebab memang semuanya serupa je,haha.Tapi sebagus2 HTC pun aku akan cuba untuk mengelakkan daripada membelinya sebab kebanyakan handsetnya memang untuk mat2 bisnesman je kecuali Desire dan Evo.Orang macam aku rasanya best sebat Samsung atau Sony Ericsson je kot,haha.
Terbaru dari HTC ialah HTC Ruby.Ni nama yang diketahui sekarang je lah sebab biasanya bila dah masuk market,lain pulak nama jadinya.HTC Ruby ni belum tahu apa2 maklumat lagi kecuali gambar ni bila seorang pekerja di syarikat operator handset terkenal T-Mobile sengaja mengkantoikan handset ni.Haha,jahat punya pekerja.Info akan diupdate sebaik sahaja terdapat lagi kekantoian.Haha.
Komen : Aku dengar handset multimedia terbaik ialah HTC Evo,mintak2 la betul
Boring betul aku tunggu handset2 4G ni nak masuk Malaysia.Bila la nak pasang 4G ni ekk?Orang Malaysia asyik kata Samsung Galaxy S2 yang terbaik setakat ni padahal handset tu dah lama dah keluar carta kena ganti dengan macam2 handset lain(carta di sini).Sekarang ni handset Samsung Galaxy S2 sudah pun ada pewarisnya iaitu Samsung Hercules(entah kenapa dah tak pakai nama Galaxy,dah boring kot).
Ni handset bukan sebarang handset.Aku rasa korang tengok gambar ni pun boleh agak betapa besarnya handset ni.Handset ni bersaiz 4.5 inci(paling besar aku rasa setakat ni).Spec nya memang yang terhebat la setakat ni dengan Gingerbread 2.3 nya, dengan 1.2 GHz dual core processornya, kelajuan download setinggi 42 Mbps nya dan kamera 8 megapixel serta 2 megapixel di depan.Nampaknya pembunuh iPhone4 sudah pun tiba sebab iPhone4 pun rendah daripada ni.Tambah lagi dengan rakaman 1080p(first time aku dengar handset rakam 1080p ni,biasanya dengar 720p).Handset ni belum keluar lagi sebenarnya tapi telah dikantoikan sewaktu ekspo Samsung Mobile di Toronto, Kanada.Harapan Apple untuk menewaskan handset ni hanyalah Apple iPhone 5 yang akan keluar selewat2nya Oktober ni(Malaysia tataw la bila)
Hanya sebuah blog info santai tentang dunia teknologi masakini.ada juga trik2 menarik untuk penggemar IT.silakan like page fb atau follow jika suka blog ni