Game MOBA Smartphone terhangat waktu ini, tapi masih banyak kelemahan. Sekiranya MOBA Smartphone akan datang mampu selesaikan isu-isu Mobile Legends ni, bersedialah gulung tikar Moonton oi.
MOBA merupakan genre game terhangat sekarang ni. Kalau dulu-dulu mungkin genre FPS macam Counter-strike, Half-life, Halo tapi sekarang ni MOBA. Dota, LoL, Mobile Legends. Sebelum Mobile Legends, MOBA Smartphone ada banyak. AoA, Heroes of Order and Chaos, Vainglory, 5v5 Battle Arena tapi semua senyap bila Mobile Legends ni keluar. So, sini kita akan senaraikan kelebihan ML dan kekurangan ML, untuk comparekan dengan MOBA Smartphone terbaru dari Garena, Arena Of Valor (AOV)
Ramai orang menantikan game ni kerana reputasi Garena yang ada server yang baik untuk game-game besar dunia di Asia Tenggara seperti LoL, HoN, Point Blank, Fifa Online. So, ramai orang yang sakit kepala main ML mengharapkan game ni mampu ganti ML kerana MOBA Smartphone merupakan genre terbaik untuk hardcore2 gamer ni beralih dari PC ke Smartphone.
KELEBIHAN MOBILE LEGENDS
1. Gameplay yang laju. Compare dengan MOBA Smartphone yang lama, ML punya game pendek je. 12-18 minit ialah purata masa diperlukan untuk habiskan game, melainkan kalau team memang sengaja nak main-main dengan enemy. Ye la, enemy bodoh, main-main la kejap kan
2. Pergerakan hero yang lancar. Ini merupakan faktor paling penting dalam mana-mana MOBA. Game-game MOBA Smartphone yang lain karam sebab faktor ni. AoA, Heroes of Order and Chaos, 5v5 Battle Arena, Heroes Evolved, Heroes Arena, semua game-game ni ada masalah dengan faktor ni. That's why takde orang main game lain selain ML ni
3. Skill hero dan item yang best. Ni pun penting jugak ni. Skill hero kalau tak cantik, memang cepat la orang berhenti main game kau. Item pun penting untuk mengelakkan certain hero tu jadi OP. Setakat ni, ML still mantap dalam hal ni
4. Easy for newbie, hard for veteran. Ini merupakan formula MOBA terbaik untuk buat game MOBA. Formula ni ada pada LoL, game online paling popular dari tahun 2013 sampai sekarang
Untuk yang kata LoL tu senang, Dota susah, memang la susah, susah untuk newbie, game panjang. Paling laju aku boleh main Dota ni, 40 minit. Tapi, compare kan dengan ranking tinggi LoL dengan Dota punya gameplay, seriously, LoL win. Dota banyak sill passive kat hero dia, so gameplay pun passive la. Tengok bosan je. LoL tu dekat 7-8 aktif skill dekat satu hero kalau campur dengan item n SS sekali.
Ni yang ML buat . Kau buat game susah buat apa? Game susah2, awek mana nak main wei? ML ni, even perempuan pun ramai yang main. Ingatkan perempuan tak suka game macam ni.
KELEMAHAN MOBILE LEGENDS
1. Connection macam bugima. Kalau xlag, yes game ni memang sedap main. Hero bergerak clear, tapi once network error, mampus. Berejam2 kau nak tunggu game kau jadi sedap balik. Dekat ML tengah DC ni, bukak YouTube laju pulak, takde buffer langsung, 4G lagi. Sebelum korang nak maki Smartphone aku, aku guna OnePlus 3, RAM 6GB, Snapdragon 820. Berani la kau kata phone aku tak layak main game ni
2. Customer service bagaikan tahi. Dah le reply dalam WeChat, lembab pulak tu. Dengan hari tu ada kes player kena maki dengan Customer Service ML punya FB admin. Report player pun macam takde function je. Tengok2,2-3 game lepas tu, still lagi sama game dengan kita.
3. Team matchmaking. Dah banyak kali dah kantoi, tengok pehal teammate sendiri atau enemy ni main macam bangang je, padehal tengah rank legend ni. Boleh pulak tersamgkut Elite 1 kat sini. Aduhai, tolong la ML. Tahu la server cap ayam, jangan la macam ni woi.
3 kelemahan di atas ni memang buat orang sakit hati dengan game ni. Dan ramai tunggu 2 MOBA yang akan dikeluarkan dari 2 company besar iaitu Garena dan Riot(LoL company). Garena punya MOBA dah keluar iaitu AOV. Orang tunggu dengan harapan game ni lebih baik dari ML, berdasarkan reputasi Garena. Riot punya MOBA Smartphone, tahun depan keluar.
Untuk perbandingan, AOV ada 3 daripada 4 kelebihan yang ada pada ML. AOV punya pergerakan hero lancar, game yang pantas dan easy for newbie. Skill hero diorang cantik tapi item tak berapa best. Mungkin sebab diorang belum release lagi Ultimate item sebab rasanya takde item yang stats dia memang hebat stats dia. Semua biasa2 je.
Untuk fix kan issue ML, 2 daripada 3 kelemahan ML telah diselesaikan AOV iaitu connection dan customer service. Garena punya connection dia agak stabil. Aku main LoL dekat Garena almost 3 tahun. Seriously, ping dalam 100-130 stil lancar. ML baru ping 50 dah semput. Palebana kau. Dan benda yang sama jugak dalam AOV. Ping dalam 100-130, tapi still boleh main, still boleh lari, still boleh cast skill.
Customer service Garena, aku rasa okay sebab LiveChat diorang laju dan bukan guna WeChat. Reply email agak pantas(auto-genrated je pun, tapi at least reply). Tak macam ML, nak reply tahi babi dia. Matchmaking aku tak pasti lagi sebab rank aku still Bronze so, normal la tu kalau rank rendah2 jumpa orang bebal2 kan. Tak percaya, tengok video atas tu.
Berikut ialah screenshot gameplay aku dalam AOV. Enjoy!
Aku suka tank sebab aku ni duduk Malaysia. Malas betul nak berebut Marksman or Assasin or Mages dengan orang lain ni
Tengah aim nak beli Taara. Rasanya dia antara tank yang kena dengan jiwa aku. Keras pun keras, damage pun boleh tahan.
Customize item.
Homepage
Simple je matchmaking dia punya skrin
Biasa le low rank, kalau takde tahi-tahi yang DC ni, tak menarik la pengalaman low rank kita kan?
See? Jangan risau, kita tak perlu maki-maki dalam game, akan ada orang tolong maki kan untuk kita nanti
Menang 3v5 bai, siap MVP lagi. Ingat tank tak boleh dapat MVP ke? Tank noob ye la tak dapat MVP, hawau.
Game ni belum sebulan tapi aku rasa, dah lama nanti, banyak improvement diorang nanti.

hari lautan sedunia siapa sangka tanah mati ini se...

why can t staff in the retail and f b industry sit...

psychological survival mastering the mental game i...

kewpie turns 100 and it s a celebration worth sque...

mca youth govt must not burden citizens with chaot...

rania terkena virus rotavirus atau norovirus

report with respect cmcf urges ethical crisis cont...

lobster masak cili

denmark mahu tinggalkan perisian microsoft beralih...

polis buru lelaki pukul pemandu lori kerana berang...

kuih orang banjar namanya batil pisang

rezeki melimpah usia panjang dengan silaturrahim

how to read pilot stripes dan kisah kemalangan air...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 comments:
Post a Comment