Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau


cheaper riskier more meaningful why malaysians sen...

lima mangsa kemalangan maut jerantut feri telah di...

ustadz yahya waloni wafat saat khutbah jumat ini k...

scene dalam cerita suzanna berlaku secara real

malaysians flock to thailand for hari raya aidilad...

kuah kacang istimewa di bermondsey

english uasa year 3

reagan airport is pausing flights for trump s mili...

12 pernikahan artis malaysia bertemakan outdoor

kalahkan china indonesia bertengger di urutan ke 4...

aidil adha 2025 rahsia laksa johor dan kisah bibik

back the yusoff rawther anwar ibrahim case does tw...

anwar vs daim legal action or political vengeance

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Sunday, 5 November 2017

Dota Anime Style! Light X Shadow Review

Posted by serenity9260 On 18:29 No comments



                       Macam tajuk kat atas tu, hari ni kita akan review game MOBA Smartphone baru iaitu Light X Shadow. Boleh tahan baru la. Aku baru start main dalam minggu lepas dan rasa seronok gak main game ni sebab aku peminat MOBA dan anime so, animation dia masa battle, cenggini ha, style giler. Kalau korang pernah main anime -style MMORPG macam Dragon Nest atau Ragnarok 2, memang excited.
             
                    Untuk peminat Assasin atau Mage class, ini game terbaik untuk korang sebab animation skill untuk 2 class ni memang style habis. Aku reti Mage class je, so still okay, haha. Game ni still baru, so hero yang ada masih sikit, dalam 20+ je.







                    Ni ada gaya Gargomon sikit masa in-game




                      Tu antara heroes yang aku ada. Baru 5 je. Maybe aku akan try assasin dia kot, pe tah nama dia. Tapi aku tak reti sangat Assasin class ni sebab skill diorang complicated.

                     Okay, aku dah review feature untuk game ni. So, sekarang aku review adakah ni MOBA yang bagus atau tak?

                     Aku letakkan indicator untuk MOBA yang best untuk main.

1) Hero yang banyak. Ini untuk lebih banyak variasi dan pilihan supaya game ni tak cepat bosan

2) Skill yang menarik

3) Game duration tak panjang dan tak pendek. Ideally antara 15-25 minit.

4) Skin yang cantik. Ni untuk yang hardcore dan orang yang suka makeup hero dia. Aku tak.

5) Heroes dan item yang balanced.

6) Highlights untuk kills seronok tengok. Yela kalau triple kill tapi dia announce macam lame je, tak seronok la nak kejar triple kill

7) Balanced untuk player yang skill-based dan strategy-based. Ada orang yang power skill tapi strategy kelaut. Ada yang terbalik. Ada yang power dua-dua. Tengok orang la. Macam aku, strategy-based punya orang. Skill takde la kelaut sangat, tapi okay la. LoL aku Gold 1, ML aku Glorious Legend 30, okay la tu kan?

8) Reward kalau selesaikan objective sama ada in-game atau luar game.

9) Connection stabil. Setakat seminggu aku main ni, takde issue

10) Customer service.  Live-chat dekat Facebook page dia mantap

                 Setakat ni, ni je yang aku boleh fikir. So, Light X Shadow ni aku rasa ada criteria nombor:
2)

3)

4)

6)

7)

8)

9)

10)

 Score: 8/10     

                  Criteria nombor 1 tak lepas mungkin sebab game ni baru lancar bulan Ogos hari tu. So, heroes diorang masih sikit. Dah setahun nanti, lepas la kot 50 something. Criteria nombor 5 tu, heroes diorang balanced. Cuma item dia bukan item style biasa. Diorang gunakan Fairy Talent sistem. Tak banyak cabang dan pilihan. Contohnya, Talent Marksman dengan Talent Assasin tak sama, so item Marksman kau tak boleh try dekat Assasin. Nampak macam okay, tapi untuk orang yang suka experiment item build ni, memang tak berapa seronok la dia buat macam ni.

                  Kesimpulan aku, adakah game ni best? Best MOBA? Belum lagi. Aku pun baru ada 5 hero. Itu pun biasanya 2-3 kena rembat masa heroes select, apa lagi nak pilih. Tapi customer service dia ambil berat apa yang feedback dia dapat. Apa saja simple suggestion or feedback daripada customer, patch minggu depan atau minggu lagi satu, mesti diorang buat. Tu yang seronok game ni, membangun bersama developer.

                   Dan jumlah player dia still sikit so, matchmaking dia memang serabut sikit la. Anyway, terima kasih kerana baca review aku yang tak seberapa ni. Try main 2-3 game dulu, nanti baru review sendiri ya. Bawah ni aku sediakan highlights game aku.



Loading screen



Fairy Talent sistem



End game screen




Mini-game lepas korang habis game



Enjoy!




0 comments:

Post a Comment