Mobile Legends. Ni game yang kalau korang pergi mana-mana kedai makan, mesti ada geng game ni. Geng ni paling haruk, paling meriah sekali kat kedai makan tu. "Yeah triple kill!!" " Yeah, savage!" Yang boleh lawan geng ni punya bising, maybe geng2 kunyit, atau geng2 sajat yang tengah meriah mengumpat pasal tempat kerja diorang. Fuhhh, kalau ada geng2 ni kat kedai makan, pasang la earphone atau nanti memang banjir telinga korang dengan nanah nanti.
So, balik pada topik, kenapa game ni famous sangat?
50 juta la hawau. 50 juta!!!! Sekarang compare dengan counterpart dia yang esports scene dia tengah naik iaitu Vainglory
5 juta je. Tengok world cup diorang macam mana
Game bosan, tapi meriah. Tengok pulak Tournament Mobile Legends ni macam mana. Aku cari yang sejuta view ni, tapi crowd dia, macam tengok bola zaman aku sekolah dulu, takde orang. Sekarang tengok bole meriah dah, stadium boleh tahan penuh
Kenapa jadi macam ni? Sebab game ni, orang asia tenggara je main. Yes, aku pun tahu, youtuber2 famous macam iFlekzzz dan Blue Panda orang eropah, tapi try tengok komen, fuhhh bersepah indon dengan pinoy. Kenapa? Ni just pendapat aku, tapi aku rasa mostly betul
1. BOLEH LEPAK RAMAI-RAMAI DI MANA JUA ANDA BERADA
Antara main dota dekat kedai mamak atau mobile legends kat kedai mamak, mana lagi senang nampak? Takyah cerita la kan, melainkan korang jenis yang rajin bawak laptop pegi kedai makan, lepastu abeskan bateri laptop tu untuk 1-2 round dota tu je. Masyrakat Asia Tenggara jenis yang senang communicate face-to-face. Sebab senang kalau nampak ada member tengah membuta farming dalam jungle tu, kat situ je ko maki n tampar dia
2. TAK MAMPU NAK SETTING PC DEKAT RUMAH
Yeah, banyak dah pc yang mampu milik dekat rumah sekarang ni tapi internet connection korang lak problem. Kalau duduk dekat universiti, terpaksa hotspot sikit data kat phone tu, kalau universiti korang ada 4G lah cerita dia. Kalau takde 4G, merangkak jugak cari CC tengah2 pekan tu. Kalau takde 4G, bersedia lah kena maki dengan teammate masing-masing sebab DC la, masa teamfight tiba-tiba lari masuk tower enemy la. Ingat aku tataw ke? Kalau dah habis belajar, lain pulak cerita dia. Kena nego2 dengan housemate yang tak main game tu untuk bayar internet tiap2 bulan, kalau tak, mampus nak pakai data hari-hari main dota. Baik main Mobile Legends je, ye dok?
3. TAK BANYAK PELUANG BUAT DUIT MAIN GAME PC KAT MALAYSIA NI
Melainkan korang join esports club, seriously susah. Ni Malaysia dik, Asia Tenggara. Bukan USA, bukan Eropah yang kalau Twitch hari-hari, sebulan tu biasa dalam 500-1000$. Streaming game noob nak mampus, tapi duit banyak dapat. Cuba la korang try streaming twitch tu MMR rendah2, boleh lepas 100$ tak? Baik main Mobile Legends. Jimat masa dan wang.
4 SONANG NAK MAMPUIH
Aku seorang yang agak tegar la game ni. Ranking pun not bad la
GL 30, ranking server 45. Not bad la kan? Tapi rasa pedih la jugak bila ada ramai kawan-kawan yang takde latar belakang main MOBA ni pun tiba2 je dah sampai Epic 2. Aku pun boleh tahan berpeluh jugak la 2-3 hari nak lepaskan diri dari Epic masuk Legends. Nak masuk Glorious tu jangan cerita la. Sampai dalam Legends pun tak pernah surut noob2 dalam ni,huhu.
Sebabkan diorang nak masukkan MOBA dalam Smartphone, diorang terpaksa buang banyak element untuk membuatkan game ni selesa untuk dimainkan dalam Smartphone. That's why ramai je orang tak pernah main Dota atau League of Legends tapi main Mobile Legends boleh tahan power dia.
KESIMPULAN
Game ni still banyak kelemahan, contohnya masalah lag yang tak pernah surut, Customer service yang pekak, taknak layan feedback customer, masa Contest pun boleh lag(jadah kau masa pertandingan pun boleh kau tak jaga server kau!). Rasanya game ni boleh pergi jauh kalau dia reti fix masalah utama dia tapi nampaknya company ni degil nak mampus. Duit customer bayar beli skin tu apa diorang buat agaknya. Hmmm. Aku sekarang tengah stop kejap main Mobile Legends ni sebab tengah try 2 MOBA baru yang aku harap boleh ganti Mobile Legends ni iaitu AOV dan Light X Shadows. Nanti aku review

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

inilah burung paling bahaya dan di takuti di dunia

ini kelebihan lelaki memilih wanita yang tak suka ...

14 baju pengantin dodot

showtime 1958 kisah sebenar studio jalan ampas sin...

panduan menjana pendapatan di rumah

apa yang perlu kita tahu tentang proses pembentuka...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 comments:
Post a Comment