Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Showing posts with label Cool Aje. Show all posts
Showing posts with label Cool Aje. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

Cool Aje : Casing iPhone Keras Diuji Sebagai Bola Hoki Ais(Video)

Posted by serenity9260 On 16:22 No comments


Kepada mereka2 yang kerap dan gemar membaling iPhone korang ala2 handset 3310 tu lepas ni boleh la try dapatkan case ni sebagai casing korang supaya korang boleh membenjolkan kepala mana2 anjing yang menyakitkan hati kat depan mata korang,ahaha

Wednesday, 1 February 2012

Cool Aje : Pokemon Fighting Version(Video)

Posted by serenity9260 On 06:29 No comments


Mungkin korang dah bosan dengan game Pokemon yang asyik sama dan kena tunggu turn baru nak serang.Apa kata korang try game ni?Peh,Street Fighter beb,best!



Komen : Camni baru ada semangat nak main Pokemon!

Cool Aje : Blackberry Candy Bar,Blackberry London

Posted by serenity9260 On 06:04 1 comment



Pencabar terulung iPhone,Blackberry kini muncul dengan Blackberry London,berbentuk model candy bar.Agak jarang nak lihat Blackberry nak keluarkan smartphone berbentuk candy bar macam handphone2 lain.Rasanya mesti cool ekk??


Artikel asal


Komen : Blackberry atau RIM berada di tempat kedua selepas iPhone dalam carta jumlah jualan keseluruhan handphone di seluruh dunia.Ramai giler ekk pakai BB ni?

Cool Aje : Tablet Pertama Linux

Posted by serenity9260 On 05:58 No comments


Nampaknya Linux pun nak cuba buat smartphone diorang sendiri dengan cubaan pertama mencipta tablet Linux yang diberi nama Spark.Mendapat sambutan yang baik daripada internet mungkin satu berita baik untuk Linux meneruskan legasi mereka sebagai pembina OS percuma yang terkenal di dunia.Aku sebenarnya tak taw apa yang power tentang Linux ni dan tak berani nak try sebab takde game yang dalam requirement dia ada tulis Linux,hehe
artikel asal

Friday, 27 January 2012

Cool Aje : Robot2 Tarian Sempena Tahun Baru China(Video)

Posted by serenity9260 On 17:33 No comments



Masih ramai yang meragui namun kemajuan teknologi negara China semakin hari semakin meningkat. Contoh yang seterusnya,robot tarian yang bakal mengalahkan semua band2 K-POP kesayangan rakyat Malaysia ni dari China!




Komen : Masuk Showdown konpem menang!

Tuesday, 24 January 2012

Cool Aje : Lagu Protes Megaupload Daripada Dan Bull(Video)

Posted by serenity9260 On 20:52 1 comment

Jom dengar apa yang Dan Bull proteskan dalam lagu ni

Cool Aje : Melukis Potret Yao Ming Dengan Basketball(Video)

Posted by serenity9260 On 20:48 No comments



Hari ni terlalu banyak cara pelukis2 menunjukkan kreativiti mereka dalam seni lukisan.Ada yang pakai pasir dan sebagainya.Hari ni meh tengok macam mana orang melukis pakai basketball pulak.Cool!

Cool Aje : Proses Negatif Ni Menjadi Gambar Dengan Otak Sahaja

Posted by serenity9260 On 20:44 No comments

Aku sebenarnya tak suka optical illusion ni terutama kalau optical illusion macam budak2 punya.Tapi ni satu optical illusion yang cool jugak la bagi aku.Tenung 3 titik berwarna kat hidung permpuan ni selama 30 saat dan pandang dinding atau apa2 permukaan putih lepas tu.Gambar yang korang tengok ni akan muncul versi berwarna dalam masa yang singkat dalam kepala korang.Yeah,pasni boleh la korang proses gambar pakai otak je

Monday, 23 January 2012

Cool Aje : Rapid Fire Archery Yang Cool(Video)

Posted by serenity9260 On 20:22 2 comments


Ye2,prempuan ni maybe cantik tapi aku bukan nak suruh tengok muka,tengok skill dia memanah.Pantas.Kat hujung video tu korang akan nampak dia tak tembak ke arah sasaran yang biasa orang tembak masa memanah tapi kalau korang perhati betul2,memang hampir semua anak panah dia berada pada satu sasaran yang sama




Komen : Boleh la apply Olimpik pasni

Cool Aje : BMW Buat Kereta Bergerak Sendiri Tanpa Pemandu(Video)

Posted by serenity9260 On 20:17 1 comment


Semakin lama makin ramai pulak syarikat kereta nak buat kereta tanpa pemandu.Mungkin suasana dalam cerita I-Robot dan mana2 cerita futuristik bakal kita lihat tak lama lagi dan seperti pembaca aku pernah beritahu dulu,lepas ni dah takde orang susah payah buat test JPJ,hahaha




Komen : Lepas ni budak sekolah pun dah boleh bawak kereta kalau benda ni betul2 selamat,haha

Sunday, 22 January 2012

Cool Aje : Controller NES Terbesar Di Dunia(Video)

Posted by serenity9260 On 05:23 1 comment


Mungkin ada generasi2 yang sempat merasa game klasik NES ni(aku tak merasa jugak).Antara game yang terkenal boleh dimain masa ni ialah Mario Bros.Maka, peminat2 NES ni pun buat controller NES terbesar di dunia ni untuk mengingatkan pada dunia betapa legendnya game ni.Dan jangan ingat ni arca ye,controller ni boleh dimain




Komen : Aku rase yang kecik ni pun da selesa da kot

Thursday, 19 January 2012

Cool Aje : Kalkulator TI-nspire Boleh Main Game Doom 2!(Video)

Posted by serenity9260 On 23:42 No comments



Biasanya aku dengar PSP atau NDS boleh buat main game power2 kat tangan ni,rupa2nya kalkulator pun boleh!Lepas ni agak2 aku da habis jawab exam math boleh main game kejap sementara nak tunggu masa exam habis kat dalam dewan yang sejuk membeku tu!



Komen : Betul tak dalam video ni kalkulator?Tak caya,tanya orang yang buat video ni,jangan tanya aku

Cool Aje : Bandar Di Afrika Ni Tak Banjir Sebenarnya

Posted by serenity9260 On 23:38 1 comment



Nampak macam bandar ni banjir tapi tak sebenarnya. Bandar Ganvie di Republik Benin ni dibina di atas tasik Nokoue. Mungkin komuniti kat sini memang seronok tinggal di atas tasik ni,maklum la,bil air tak payah bayar.






Cool Aje : Kecanggihan Konsert Di Jepun(Video)

Posted by serenity9260 On 22:57 2 comments


Semua kawan dan pembaca tegar blog ni mungkin sedia maklum aku merupakan peminat J-Rock atau Japan-Rock. Aku tak berapa minat nak dengar lagu2 rock omputih,konon poyo boleh menyanyi sambil main gitar sekali,bila buat live hancur terus!Aku suka dengan band2 Jepun ni sebab diorang betul2 fokus dan cuba lakukan yang terbaik untuk menggembirakan peminat mereka,bukan just berpoyo-poyoan kat atas stage tu.

Kalau setakat gambar ni maybe korang tak faham part mana yang canggih tu.Aku cadangkan korang try la usha video ni kalau berminat nak tengok apa yang aku kata canggih tu.




Komen : Part hologram dia pusing2 tu yang paling aku suka!Cool habis!

Thursday, 15 September 2011

Cool Aje : Pemanjat Jambatan Memanjat Sebuah Jambatan Di Moscow

Posted by serenity9260 On 19:19 No comments

Pada mereka yang pernah main Assasin's Creed, mesti seronok main panjat2 bangunan tapi bukan semua berani dan ada skill untuk buat macam tu. Beberapa remaja dari Russia yang memang pro memanjat jambatan menunjukkan kehebatan skill diorang dengan memanjat salah sebuah jambatan di Moscow yang nampak gila untuk dipanjat tanpa sebarang alat keselamatan termasuk kabel dan helmet!Let's usha la bro!


Saturday, 3 September 2011

Cool Aje : Rekaan Unik Daripada Tali

Posted by serenity9260 On 22:19 No comments

Sebelum ni ada ditunjukkan macam2 design daripada duit la, syiling la, rambut la. Kali ni kita usha design2 yang cool diperbuat daripada tali. Mungkin ada edit2 sikit supaya nampak mengancam sikit, hehe









Artikel asal

Cool Aje : Helikopter Khas Untuk Android(Video)

Posted by serenity9260 On 21:56 1 comment

Sebenarnya, nama yang lebih tepat ialah quadrotor, tapi nanti aku sebut nama tu, korang tataw pulak,dah tak sedap tajuknya. Untuk pengguna2 Android, ni merupakan expansion yang patut korang berusaha dapatkan kerana memang cool,seolah-olah korang memang tengah bawak helikopter yang sebenar. Kalau yang lebih advance, boleh spy anak jiran sebelah ke, hantar surat cinta ke, spy bf korang tengah curang ke, wahahaha. Cepat dapatkan AR Drone ni sebaik je benda ni dah mula dijual di Malaysia!

Cool Aje : Membaca Berita Di Cermin Bilik Air

Posted by serenity9260 On 21:42 No comments



Ini mungkin boleh dikatakan antara ciptaan terbaik setakat ni. Selalu tengok filem2 Hollywood tentang ciptaan di masa akan datang antaranya, cermin muka seperti komputer ni. Ia tak perlu terlalu kompleks seperti komputer, hanya perlu letakkan fungsi2 mudah dan sesuai seperti berita, laporan cuaca dan lain2. Dan yang menarik sekali, ia boleh mengesan samada ada manusia di depan cermin atau tidak. Sistem ni akan muncul apabila ada orang di hadapan cermin ni menggunakannya dan boleh dikawal dengan suara(voice command)

Artikel asal

Thursday, 25 August 2011

Cool Aje : Berlian Terbesar Merupakan Sebuah Planet

Posted by serenity9260 On 19:37 1 comment

Orang selalu jumpa batu2 berharga seperti berlian, nilam, zamrud dan sebagainya yang harganya sangat mahal. Semakin besar saiznya, semakin mahal pula harganya. Jadi kalau batu berlian sebesar planet Musytari ni agaknya berapa harganya?Paling mahal aku pernah dengar cincin berharga 24 juta USD yang kontroversi tu,hehe.

Berlian sebenarnya hanyalah sebuah karbon yang semampat kristal membuatkan ia berkilat. Planet ini sepenuhnya terdiri daripada karbon. Maka, saintis membuat teori bahawa tarikan graviti dalam planet itu membuatkan permukaan karbon itu ditekan sehingga mampat menjadi karbon. Namun, kepada mereka yang gemarkan berlian terutama jenis yang mahal, planet ni sangatlah jauh untuk dibuat cincin kerana ia berada pada jarak 4000 tahun cahaya.

Artikel asal

Cool Aje : Cermin Mata Yang Ada Subtitle Dari Sony

Posted by serenity9260 On 19:27 No comments

Amerika merupakan antara negara pengeluar filem2 blokbuster terbesar dunia. Maklumlah, kalau under Hollywood, diorang akan cuba yakinkan dan promote semua orang yang cerita tu best padahal biasa2 je. Maka, kebanyakan filem di Amerika memang tiada subtitle melainkan kalau filem tu dari luar Amerika. Sony melihat ini sebagai peluang untuk mencipta produk baru bagi membantu golongan tertentu terutama golongan cacat pendengaran dengan menyediakan cermin mata yang boleh memaparkan subtitle sewaktu menonton filem dalam wayang. Tapi rasanya berguna jugak cermin mata ni pada orang lain sebab bukan jelas pun apa orang2 yang berlakon ni cakap.