Kalau dalam label saje saje ni,maksudnya aku tengah membebel dengan pemikiran aku sendiri tentang apa yang aku tengah bebelkan ni.Korang nak baca pun boleh jugak.Tegur2 la kalau aku ada buat salah dalam tengah masyuk membebel ni(dah masyuk membebel boleh pulak tau bila aku salah,haha).Hari ni aku nak cerita pasal benda yang dah lama dah jadi isu so,just nak bagitaw orang yang baru nak kenal2 IT atau orang yang dalam otak dia selama ni kata Warez tu jahat la,ada virus la. Korang nak taw apa yang aku taw pasal Warez ni,meh la baca.Masa aku sekolah dulu pun aku ingat Warez ni teruk sebab komputer aku pernah rosak sebab Warez ni.Tapi sekarang dah taw, taw la mana nak cari Warez yang selamat,hehe
Nak taw penerangan pasal Warez dekat Wikipedia,klik sini
Aku rasa kalau kaki gamer,mesti taw Warez ni macam mana diorang punya kerja.Tapi yang just download lagu,movie dan sebagainya,kadang2 terjumpa la jugak warez ni dalam korang tengah mencari movie atau video kat Filestube atau torrent.Macam ni lah aku terangkan
Kalau korang beli dvd kat kedai cetak rompak,tak pernah kan korang tengok tokey kedai tu halau korang?Tapi macam mana kalau korang nak beli dekat tempat diorang proses atau senang kata,port rahsia taiko2 cetak rompak ni la kan.Diorang bagi korang masuk tak kalau korang nak beli kat situ?Sama macam Warez.Kalau korang main langgar je dekat tempat eksklusif Warez2 ni bincang kat forum khas diorang,memang Trojan besar la diorang sumbat kat laptop korang.Kena pergi kat website2 yang betul untuk dapatkan file2 yang dihasilkan daripada diorang,baru selamat.Ini untuk keselamatan diorang.

Warez dan group2 hacker macam Anonymous ni boleh la dikatakan adik beradik kerana kerja diorang ialah crack hotspot media yang ada data2 ekslusif macam cerita Harry Potter yang baru keluar ni kan?Diorang taw mana nak dapatkan DVDrip dan Blurayrip dan crack kan atas nama diorang dan diedarkan secara meluas kat internet.Betul,DVD2 ni sebenarnya tak payah tunggu 3-4 bulan nak keluar kat internet sebab diorang biasanya dah dapatkan sewaktu minggu kedua penayangan filem di seluruh dunia. Tapi macam yang aku cakap, diorang kena jaga keselamatan dengan letak macam2 virus dekat website2 eksklusif diorang.Hanya ahli Warez sahaja yang taw macam mana nak lawan trojan2 dalam website ni.Takde antivirus boleh lawan atau tahan trojan2 ni.Ini benda betul walaupun korang ada yang premium punya antivirus sekalipun.
Sebab tu dalam bahagian multimedia di kebanyakan syarikat2 pengedar ni diorang hanya boleh pasang spy supaya boleh detect dan delete file2 yang dah leak awal sangat keluar daripada tarikh sebenar.Kalau ada yang like page Trik Aje,ada yang perasan aku letak Transformer 3 DVDrip.Masa aku mula2 nak letak memang ada link Filesonic tu tapi sebab internet aku lambat masa tu,aku ingat nak tunggu la kejap sampai internet aku clear dulu baru download.Tapi bila internet aku dah clear,dah hilang dah file tu.Laju betul spy2 ni buat kerja.

Secara seriusnya aku pun still tak jumpa page yang best untuk download Warez yang best dan selamat.Kalau untuk game tu senang je nak jumpa,tapi yang movie ni susah sikit.Kalau jumpa pun,2-3 jam lepas tu link dia dah hilang.Rasa macam nak je cari Warez2 ni punya Facebook tapi tak jumpa la pulak.Kalau jumpa senang la sikit,diorang upload je movie2 baru,terus update kat Facebook.Sempat la download jugak sebelum spy2 tu delete file yang best tu
Senarai group Warez yang famous
Aku biasa nasihatkan member2 Trik Aje supaya masa nak download game dekat filestube supaya tulis Skidrow dekat hujung title game tu.Skidrow merupakan sebuah group Warez untuk game yang power dalam hasilkan Warez game ni.File2 diorang la yang biasanya selamat dan konfem boleh main tanpa ada sebarang masalah.Tapi sekarang tak payah lagi dah sebab aku dah jumpa website game dan movie yang best,khas untuk member Trik Aje.Jangan marah kalau aku tak letak kat sini.Senang je nak jadi member Trik Aje,tekan like je dah settle,hehe.
Komen : Untuk member Trik Aje,boleh tanya apa2 yang korang nak taw pasal download2 ni
1 comments:
aku klu download game aku suka yg Skidrow pny sbb game tu xde virus n kompem boleh main hehehe...
Post a Comment