Banyak teori konspirasi yang wujud di dunia ni terutamanya sejak wujudnya internet ni. Macam2 bukti didakwa betul yang datang dari internet tapi nak percaya ke tidak, itu terserah kepada individu tu. Aku pun ada yang percaya, ada yang tak berdasarkan bukti dan logik akal aku macam video raja arab yang aku tunjuk sebelum ni. Yang paling hangat di dunia sekarang ni termasuk di Malaysia ni iaitu teori pergerakan Freemason menakluki dunia dengan New World Order. Setakat ni aku cuma percaya apa yang diterangkan oleh rancangan dokumentari sebab dia ada tunjukkan peraturan macam mana nak mengenali benda tu Freemason ke tak. Kalau setakat ada gambar bintang, kambing, isyarat tangan, baik masukkan sekali kambing dalam senarai najis binatang mughallazah tu. Syarat untuk tahu benda tu Freemason atau tak ialah melihat simbol, bentuk, pengiraan matematik, tarikh, lokasi, tujuan, perkara yang terjadi, kesinambungan peristiwa selepas tu dan sebagainya baru dijatuhkan bahawa benda tu Freemason. Kalau setakat nampak bentuk bulat sikit dah kata mata Freemason, korang korek je lah mata korang tu, dah takde guna dah pasal mata pun nak buat bergaduh. Benda ni kena buat bincang ramai2, tak boleh buat teori sorang2. Skuad The Arrival pun ada 5 orang aktivis yang memang berpengalaman habis dalam buat rancangan dokumentari sendiri. Sekarang ni Noreagaa dan Achernahr disahkan bersara lepas dapat macam2 ugutan seperti bunuh, murtad dan sebagainya.
Cukup aku membebel, jom usha perkara tajuk asal ni, 10 teori konspirasi terkenal dunia!
1. Serangan 9/11 Dirancang Oleh Orang Dalam Kabinet Amerika Sendiri
Benda ni memang terkenal sejak banyak benda yang suspicious berlaku dan didedahkan satu demi satu dari keadaan George Bush sebelum letupan sehinggalah tamatnya perang di Afghanistan. Erm, antara konspirasi yang paling tepat sekali untuk didakwa menjadi betul Cukup aku membebel, jom usha perkara tajuk asal ni, 10 teori konspirasi terkenal dunia!
1. Serangan 9/11 Dirancang Oleh Orang Dalam Kabinet Amerika Sendiri
2. Pendaratan Alien Di Roswell
Alien ni masa kecik2 aku percaya la. Dah besar, peh segalanya mengarut!Ahli astronomi dah meneroka alam semesta ni sejauh berbillion2 tahun cahaya dengan teleskop, takde satu pun planet yang mampu menyediakan atmosfera yang sebaik Bumi untuk membolehkan hidupan hidup. Planet ada air tu biasa la, tapi planet yang ada tumbuhan, oksigen, tekanan udara yang sesuai dan sebagainya takde yang sepadan dengan Bumi. Kalau ada pun alien ni, bila sampai Bumi konfem tak boleh hidup sebab diorang hidup dalam suasana atmosfera yang lain. Kita hidup pakai oksigen, diorang hidup pakai benda lain agaknya,haha.
3. Pembunuhan John F Kennedy
JFK ni terkenal sebab antara pemimpin terkenal Amerika kerana memulakan kariernya hanya sebagai pelakon. Kematiannya akibat dibunuh disangsikan apabila ada yang mendakwa wujud tangan2 ghaib yang cuba membunuhnya termasuk dari CIA, FBI, KGB, Federal Reserve dan sebagainya. Kenapa nak bunuh dia?Sebab orang kata dia ni antara pemimpin yang bekerja untuk rakyat Amerika
4. Global Warming Adalah Palsu
Teori ni boleh tahan baru la sebab aku baru dengar masa tahun 2009. Ni kerana saintis mendakwa suhu Bumi memang meningkat sejak tahun 1950(kalau tak silap). Teori global warming diwujudkan untuk mencipta rasa panik manusia. Tapi rasanya teori ni memang sangat diragui sebab tanda2 global warming tu memang jelas
5. Pembunuhan Puteri Diana
Ni dah diterangkan dalam The Arrival yang dia dibunuh kerana didakwa bercinta dengan seorang putera Arab dan mungkin akan menjejaskan sistem warisan pemerintahan beraja Britain
6. Penaklukan Dunia Oleh Yahudi
Ni memang dah terkenal sangat dah ni. Bermula dari terciptanya buku Protocols of Elders of Zion, dunia mula merasa sangsi kerana buku tu secara jelas menunjukkan zionis akan menakluki dunia ni dengan cara yang sangat kejam dan ganas sekali.(Pergi baca 40 peraturan orang Zionis dan nilai sendiri betapa dahsyatnya protokol mereka)
7. Pendaratan Manusia Di Bulan Adalah Palsu
Didakwa Amerika cuma berlakon akan pendaratan ni demi memenangi Perang Dingin dengan Rusia di mana angkasawan Rusia, Yuri Gagarin berjaya menjadi manusia pertama mengelilingi Bumi di ruang angkasa.Ni cerita betul. Amerika yang terdesak dengan kecanggihan Rusia tu, mendakwa 3 angkasawan mereka merupakan manusia pertama menjejak bulan. Memang negara kuat menipu betul
8. Serangan Pearl Harbor
Serangan ni merupakan antara serangan yang penting dalam sejarah dunia kerana ia menandakan penyertaan Jepun dalam Perang Dunia Kedua(Macam World Cup pulak boleh jadi peserta ke tak!) dan memiliki kontroversinya yang tersendiri.
Ada pihak mendakwa bahawa presiden Amerika waktu itu, Roosevelt(FDR) mengetahui bahawa serangan itu akan dilakukan dan sengaja membiarkan serangan itu berlaku demi memancing Hitler merancakkan Perang Dunia Kedua(serius diorang buat macam main bola je Perang Dunia ni.Boleh ada masa rancak2 pulak,haha!). Semua kod rahsia Jepun didakwa telah dipecahkan sebelum itu maka mustahil pihak tentera tidak bersedia dengan serangan itu. Kenapa serangan ni boleh pancing Hitler, rujuk Wikipedia ni
9. Rahsia Ketiga Fatima
Ni ada kaitan dengan Kristian, Virgin Mary dan ramalan2 siapa yang memiliki keupayaan seperti Virgin Mary. Aku agak blur pasal isu ni kerana memang aku baru tahu pasal isu ni tapi ni antara konspirasi yang terkenal jugaklah.Sory ye takde briefing kat sini, hanya mampu beri link Wikipedia je
10. Eksperimen Philadelphia
Salah satu eksperimen ketenteraan yang kontroversi dari Amerika. Eksperimen ni didakwa mampu hilang beberapa waktu dari pandangan manusia. Namun, US Navy menafikannya dan mendakwa ia satu cerita palsu.
Namun, ada pihak mendakwa menemui maklumat bahawa eksperimen ni dijalankan oleh seorang professor iaitu Dr Franklin Reno atau Rineheart bahawa nama projek ni ialah Unified Field Theory. Professor itu didakwa menggunakan beberapa teori untuk memesongkan hukum fizik seperti graviti agar kapal US Destroyer boleh hilang dari pandangan manusia. Aku pun tak berapa jelas tentang hal ni tapi kononnya didakwa semua krew2 dalam kapal ni hilang.Yang tinggal cuma kapalnya sahaja
Wikipedia
Artikel asal
4 comments:
agree pasal alien, aku dulu ade baca 1 buku(mase form 2,tahun 2001) dia kata sebenarnya alien ni adalah salah satu agenda dajjal yang ingin mencetuskan panik~ yup~ mencetuskan panik adalah salah satu agenda dajjal~ panik pada cuaca, panik pada makhluk asing yang padahal DNA mereka sepadan dengan DNA manusia, panik pada "terrorism" seolah2 bumi ini tidak lagi selamat dan apabila panik itu mencapai kemuncaknya (of coz la dorg tanam panik tu sedikit demi sedikit dan takes times several generation), muncullah dajjal sebagai penyelamat palsu, yang kononnya akan menyelamatkan manusia dari "alien + global warming + terrorism + hentaman komet + macam2 lagi"
aku pulak memang sokong yang no 7. Kita sendiri boleh fikir, kalau dia dah hantar 3 0rang tu ke Bulan pada 1969, Mesti dia hantar lagi orang lain pulak pada tahun-tahun kemudiannya. Ini tidak, terus stop macam tu, walhal teknologi sekarang lagi canggih. memang penipu BESAR amerika ni.
8 9 n 10 apa brief die...
@Anonymous
masa tu aku ada masalah masa tak mengizinkan dan aku xbrape taw sgt tentang 3 konspirasi terakhir tu,hehe.sorry sgt3,mungkin akan diupdate lepas raya,memandangkan aku da mula cuti,huhuzinkan dan aku xbrape taw sgt tentang 3 konspirasi terakhir tu,hehe.sorry sgt3,mungkin akan diupdate lepas raya,memandangkan aku da mula cuti,huhu
Post a Comment