Xperia Play terbaru yang dimaksudkan mestila bukan yang kat atas ni.Ini berdasarkan berita2 leak yang tersebar di internet di mana Xperia Play terbaru(Xperia Play 2 kot namanya) mempunyai skrin sebesar 4.7 inci(besar tu!).Rasanya PSVita yang akan keluar tak lama lagi ni pun baru 4.0 inci je.Mungkin Sony mengharapkan sesuatu yang lebih baik dengan penambahan ini memandangkan pasaran Sony Ericsson yang masih lemah berbanding jenama2 lain.Sememangnya skrin yang besar dan grafik yang baik merupakan kegemaran gamer namun berapa pula harganya nanti?Memandangkan gamer2 ni bukannya bisnessman yang banyak duit nak beli benda2 mahal ni.Ia dikatakan bakal mempunyai skrin beresolusi 1280 x 720(ni dah resolusi HD dah ni,iPhone 4 pun kalah).Dijangka ini akan menjadi smartphone 3D pertama Sony dan ketiga dalam pasaran smartphone selepas LG Optimus 3D dan HTC Evo 3D.
Kebanyakan handset Sony Ericsson lebih menekankan ciri2 multimedia berbanding bisnes dan internet yang mana ciri2 ni lebih diutamakan syarikat2 yang menguasai pasaran smartphone sekarang seperti Apple,Blackberry,Motorola dan Samsung
Berdasarkan kajian pakar dari kumpulan Top Ten Review,link ini menunjukkan 10 smartphone terbaik masakini
Top 10 Smartphone 2011
Top 10 Multimedia Cell Phone 2011
Aku rasa orang macam aku ni baik rembat multimedia phone je lah.Pakai smartphone yang canggih2 lepas tu tak reti pakai buat apa.Kalau korang tengok Top 10 Smartphone 2011,korang akan perasan 8 daripada 10 handset tu pakai network 4G.Network ni tak silap aku baru je lagi dipasang di Malaysia,membuatkan handset2 ni tak sesuai dipasarkan buat masa sekarang di Malaysia(sebab tu tak banyak handset2 baru masuk Malaysia sekarang ni).Apa yang bestnya network ni?Speed internet untuk handset korang boleh mencapai sehingga 32 mbps berdasarkan syarikat topup dekat handset korang.Dan banyak lagi la function barunya.
2 comments:
Aku dah serik pakai hp Sony Ericcson dah. Banyak yang ada mcm2 problem - software, sound, charger, skrin dan bateri. Hangin betul aku!
Ada 4 buah hp Sony tu semuanya condemn - aku cadang mak saman syarikat Sony - harap canggih saja tapi tak tahan! Hp jenis Nokia, Samsung & Iphone lebih bagus daaa...
@Anonymous
hahaha,tu la pasal.kalo ada handset lain lagi murah dari SE ni dah lama pakai handset lain.
Post a Comment