Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Wednesday, 8 February 2012

LOL Aje : Berapa Banyak Masa Diperlukan untuk Menikmati Sebuah Game?

Posted by serenity9260 On 16:32 2 comments

Mula2 pandang macam tak paham tapi rasanya betul kot apa yang gambar ni cuba sampaikan.

LOL Aje : Apa Status2 Media Sosial Ni Kalau Makan Donat

Posted by serenity9260 On 16:29 2 comments


Makin banyak media sosial yang ada sekarang dan banyak yang kononnya ada fungsi yang tersendiri,(aku rasa sama je) sampai status nak makan donat pon lain2

LOL Aje : Leggings Anatomi

Posted by serenity9260 On 16:25 No comments

Kepada peminat2 leggings dan skinny tu,terutamanya perempuan,kalau suka sangat nak tunjuk bentuk kaki korang tu,pekata pakai je seluar ni,boleh la kata yang kaki korang ni kaki atlit ye tak?

Cool Aje : Casing iPhone Keras Diuji Sebagai Bola Hoki Ais(Video)

Posted by serenity9260 On 16:22 No comments


Kepada mereka2 yang kerap dan gemar membaling iPhone korang ala2 handset 3310 tu lepas ni boleh la try dapatkan case ni sebagai casing korang supaya korang boleh membenjolkan kepala mana2 anjing yang menyakitkan hati kat depan mata korang,ahaha

Wednesday, 1 February 2012

Cool Aje : Pokemon Fighting Version(Video)

Posted by serenity9260 On 06:29 No comments


Mungkin korang dah bosan dengan game Pokemon yang asyik sama dan kena tunggu turn baru nak serang.Apa kata korang try game ni?Peh,Street Fighter beb,best!



Komen : Camni baru ada semangat nak main Pokemon!

Info Aje : Demo Rupa Matahari Selepas Ia Mati

Posted by serenity9260 On 06:16 1 comment

Nasa ada buat beberapa simulasi yang memang menakutkan sedikit sejak kebelakangan ni macam bumi ditelan Black Hole,galaksi kita berlanggar dengan galaksi lain.Kali ni,Nasa tunjukkan bagaimana rupa Matahari selepas ia mati
Link asal

Info Aje : Samsung Galaxy S3 Ditunda Jualan Pada Sesi 2012

Posted by serenity9260 On 06:09 No comments



Untuk peminat2 Android,salah satu siri smartphone Android yang paling best dalam list korang mesti lah siri Samsung Galaxy S.Akhirnya,Samsung Galaxy S bakal memasuki generasi ketiga,namun sesi demonstrasi smartphone ni ditunda,mungkin sebab nak keluar sama2 dengan pesaing dia kot,iPhone 5.Siapa menang agaknya?Place your bet,gentlemen,haha

Link asal

Cool Aje : Blackberry Candy Bar,Blackberry London

Posted by serenity9260 On 06:04 1 comment



Pencabar terulung iPhone,Blackberry kini muncul dengan Blackberry London,berbentuk model candy bar.Agak jarang nak lihat Blackberry nak keluarkan smartphone berbentuk candy bar macam handphone2 lain.Rasanya mesti cool ekk??


Artikel asal


Komen : Blackberry atau RIM berada di tempat kedua selepas iPhone dalam carta jumlah jualan keseluruhan handphone di seluruh dunia.Ramai giler ekk pakai BB ni?

Cool Aje : Tablet Pertama Linux

Posted by serenity9260 On 05:58 No comments


Nampaknya Linux pun nak cuba buat smartphone diorang sendiri dengan cubaan pertama mencipta tablet Linux yang diberi nama Spark.Mendapat sambutan yang baik daripada internet mungkin satu berita baik untuk Linux meneruskan legasi mereka sebagai pembina OS percuma yang terkenal di dunia.Aku sebenarnya tak taw apa yang power tentang Linux ni dan tak berani nak try sebab takde game yang dalam requirement dia ada tulis Linux,hehe
artikel asal

LOL Aje : Rupa Burung2 Selepas Korang Habis Main Game Angry Bird

Posted by serenity9260 On 05:53 No comments

Ada lagi ke orang main Angry Bird ni?Kat tempat aku sekarang banyak orang main Ninjump,haha.Tapi merasakan still ramai yang main game ni,jom tengok apa jadi kat burung2 ni selepas dibaling oleh korang sebab tak puas hati kat babi kaler hijau,haha

Link asal

Friday, 27 January 2012

Cool Aje : Robot2 Tarian Sempena Tahun Baru China(Video)

Posted by serenity9260 On 17:33 No comments



Masih ramai yang meragui namun kemajuan teknologi negara China semakin hari semakin meningkat. Contoh yang seterusnya,robot tarian yang bakal mengalahkan semua band2 K-POP kesayangan rakyat Malaysia ni dari China!




Komen : Masuk Showdown konpem menang!

Info Aje : FBI Bakal Disaman Kerana Menutup Megaupload

Posted by serenity9260 On 17:28 No comments



Bukan semua orang sokong tindakan FBI melancarkan SOPA malahan terlalu banyak yang benci dan menyampah dengan tindakan mereka yang terus menyerang orang tanpa sebab yang betul.Pemilik Megaupload cuma membenarkan program file-sharing,bukan membenarkan piracy.Oleh kerana diorang malas nak delete satu2 file2 pirate dalam tu,diorang terus menahan eksekutif2 Megaupload dan penjara sampai 50 tahun!(pengasas je).Memang banyak file piracy dalam Megaupload tapi banyak juga file2 penting yang orang biasa upload sebagai backup,risau diserang virus kalau simpan dalam pc.Oleh kerana Megaupload ditutup dan tak berfungsi,golongan2 yang kehilangan file2 penting termasuk syarikat2 perniagaan mengalami kerugian dan tekanan.Diorang memang tekad nak saman FBI neh!Saman jangan tak saman!Aku support korang dari belakang!

Artikel asal

Komen : Oh SOPA,cepat la berhenti!Aku nak download DOTA 2 ni

Tuesday, 24 January 2012

LOL Aje : Panduan Nak Texting Semasa Berjalan Kaki Dengan Selamat (Video)

Posted by serenity9260 On 21:06 1 comment

Kepada yang selalu sangat texting masa tengah berjalan kaki tu cuba kurang2kan sikit tabiat tu sebab bak kata orang tua2,masa berjalan,pandang depan! =)


LOL Aje : Antara Kerja Yang Manusia Mungkin Tak Sanggup Nak Buat(7 Gambar)

Posted by serenity9260 On 20:59 2 comments

Uhh,mungkin aku tak patut kata LOL kerana setiap manusia berhak memilih kerja apa yang dia nak asalkan rezekinya halal.Tapi kerja2 yang berikut ni memang agak melampau. 


Cool Aje : Lagu Protes Megaupload Daripada Dan Bull(Video)

Posted by serenity9260 On 20:52 1 comment

Jom dengar apa yang Dan Bull proteskan dalam lagu ni

Cool Aje : Melukis Potret Yao Ming Dengan Basketball(Video)

Posted by serenity9260 On 20:48 No comments



Hari ni terlalu banyak cara pelukis2 menunjukkan kreativiti mereka dalam seni lukisan.Ada yang pakai pasir dan sebagainya.Hari ni meh tengok macam mana orang melukis pakai basketball pulak.Cool!

Cool Aje : Proses Negatif Ni Menjadi Gambar Dengan Otak Sahaja

Posted by serenity9260 On 20:44 No comments

Aku sebenarnya tak suka optical illusion ni terutama kalau optical illusion macam budak2 punya.Tapi ni satu optical illusion yang cool jugak la bagi aku.Tenung 3 titik berwarna kat hidung permpuan ni selama 30 saat dan pandang dinding atau apa2 permukaan putih lepas tu.Gambar yang korang tengok ni akan muncul versi berwarna dalam masa yang singkat dalam kepala korang.Yeah,pasni boleh la korang proses gambar pakai otak je

LOL Aje : Movie Blockbuster Bertemakan Kucing

Posted by serenity9260 On 20:40 1 comment


Ni entah siapa2 yang nakal edit2 poster movie ni.Tapi kreatif,hehe

Monday, 23 January 2012

Cute Aje : Hubungan Mesra Antara Paus Dan Dolphin(Video)

Posted by serenity9260 On 20:28 1 comment



Kalau haiwan tu sama spesis main lompat2 atas kepala,maybe biasa dilihat.Dan korang biasa dihidangkan dengan kemesraan haiwan2 darat macam anjing dengan kucing,kucing dengan tikus,monyet dengan harimau dan sebagainya.Kali ni nampak pulak dua haiwan laut ni bermesra2 iaitu antara dolphin dan paus.Cool!



Komen : Manusia makin lama makin tak mesra tapi haiwan lain pulak.Memang macam tu ke?

Cool Aje : Rapid Fire Archery Yang Cool(Video)

Posted by serenity9260 On 20:22 2 comments


Ye2,prempuan ni maybe cantik tapi aku bukan nak suruh tengok muka,tengok skill dia memanah.Pantas.Kat hujung video tu korang akan nampak dia tak tembak ke arah sasaran yang biasa orang tembak masa memanah tapi kalau korang perhati betul2,memang hampir semua anak panah dia berada pada satu sasaran yang sama




Komen : Boleh la apply Olimpik pasni

Cool Aje : BMW Buat Kereta Bergerak Sendiri Tanpa Pemandu(Video)

Posted by serenity9260 On 20:17 1 comment


Semakin lama makin ramai pulak syarikat kereta nak buat kereta tanpa pemandu.Mungkin suasana dalam cerita I-Robot dan mana2 cerita futuristik bakal kita lihat tak lama lagi dan seperti pembaca aku pernah beritahu dulu,lepas ni dah takde orang susah payah buat test JPJ,hahaha




Komen : Lepas ni budak sekolah pun dah boleh bawak kereta kalau benda ni betul2 selamat,haha

Sunday, 22 January 2012

Info Aje : Bagaimana Orang Jepun Kira2 Pakai Garisan?(Video)

Posted by serenity9260 On 18:08 1 comment



Orang Jepun ni memang terlalu kreatif sampai matematik pun tak payah pakai kalkulator

LOL Aje : Polis Filipina Breakdance Masa Bertugas(Video)

Posted by serenity9260 On 18:00 No comments



Agaknya polis ni terlalu boring dan stress jaga trafik sampai nak buat macam ni kot,huhu




Komen : Rasanya lepas ni semua polis akan ada kelas tarian pulak kot

Info Aje : Selepas Megaupload,Filesonic Pula Ditutup Selepas SOPA

Posted by serenity9260 On 17:58 1 comment


Argghhhh,tutup Megaupload aku boleh terima lagi sebab aku tak selalu pakai yang tu tapi tutup filesonic ni leceh ar.Selalu aku download game dengan album kat sini.Laju pulak tu(kalau pakai shimory la).Berikutan penutupan Megaupload dan penangkapan eksekutif2 Megaupload,Filesonic mengambil langkah selamat dengan disable-kan file-sharing ability pada websitenya.Website diorang still tak tutup lagi tapi beberapa ciri utama file-sharing telah ditutup.Sama je macam tutup terus ekk??

Giler Aje : Tertembak Paku Ke Dalam Kepala Secara Tak Sengaja

Posted by serenity9260 On 17:50 1 comment


Sememangnya Dante Autullo seorang lelaki yang kuat apabila beliau secara tak sengaja terbenamkan sebatang paku ke dalam kepalanya.

Autullo sedang berdiri di atas tangga mengambil mesin penembak paku di atas dinding,namun beliau gagal menggenggam mesin itu dengan baik lalu terlantun dan terkena kepalanya.

Ni artikel asal dari Chicago Tribune :

Autullo was standing on a ladder, reaching over his head to drive nails into the top of a wall, when he lost his grip on his nail gun. The recoil swung the gun back and pressed it against his skull. From the outside, it appeared to be a minor scrape, but just below the skin was the head of a nail.




Link Asal

Komen : Uhh,konfem pedih maa!!

Cool Aje : Controller NES Terbesar Di Dunia(Video)

Posted by serenity9260 On 05:23 1 comment


Mungkin ada generasi2 yang sempat merasa game klasik NES ni(aku tak merasa jugak).Antara game yang terkenal boleh dimain masa ni ialah Mario Bros.Maka, peminat2 NES ni pun buat controller NES terbesar di dunia ni untuk mengingatkan pada dunia betapa legendnya game ni.Dan jangan ingat ni arca ye,controller ni boleh dimain




Komen : Aku rase yang kecik ni pun da selesa da kot

Pelik Aje : Rumput Diletakkan Di Dalam Selipar

Posted by serenity9260 On 05:16 No comments



Penciptanya, Krispy Kreme pernah mengimpikan untuk sentiasa berjalan di atas taman yang nyaman. Hari ni, beliau meletakkan turf sintetik pada selipar rekaannya supaya pemakainya merasa selesa seperti berjalan di atas taman. Pada mereka yang berminat,mungkin boleh order di luar negara pada harga $31 atau tunggu selipar ni sampai Malaysia.

Link asal

Komen : Lama2 penyek jugak rumput ni kan?Selesa lagi ke masa tu?Huhu

Saturday, 21 January 2012

Cute Aje : Perempuan 8 Tahun Menyanyi Lagu Hardcore

Posted by serenity9260 On 07:50 1 comment

Yeah,video seorang kanak-kanak bernama Juliet yang berusia 8 tahun nampaknya begitu meletup2 di youtube sekarang kerana menyanyikan lagu yang agak keras pada usianya.Tak salah rasanya kalau beliau nak nyanyi lagu hardcore.Awat hang tak screamo sekali?




Komen : Bagus2

Thursday, 19 January 2012

Cool Aje : Kalkulator TI-nspire Boleh Main Game Doom 2!(Video)

Posted by serenity9260 On 23:42 No comments



Biasanya aku dengar PSP atau NDS boleh buat main game power2 kat tangan ni,rupa2nya kalkulator pun boleh!Lepas ni agak2 aku da habis jawab exam math boleh main game kejap sementara nak tunggu masa exam habis kat dalam dewan yang sejuk membeku tu!



Komen : Betul tak dalam video ni kalkulator?Tak caya,tanya orang yang buat video ni,jangan tanya aku

Cool Aje : Bandar Di Afrika Ni Tak Banjir Sebenarnya

Posted by serenity9260 On 23:38 1 comment



Nampak macam bandar ni banjir tapi tak sebenarnya. Bandar Ganvie di Republik Benin ni dibina di atas tasik Nokoue. Mungkin komuniti kat sini memang seronok tinggal di atas tasik ni,maklum la,bil air tak payah bayar.