Yo,kali ni aku nak post pasal Android Smartphone lak.Makin lama makin feymes lak handset jenis ni.Banyak kelebihan handset jenis ni dan memberi saingan yang cukup hebat untuk iPhone.Yelah,xkan la semua org nak pakai iPhone je kan?Memang boleh tukar casing nak bagi rupa nampak lain sikit dari orang lain punya,tapi still iPhone lagi.So,Android lah alternatif diorang untuk melawan standard iPhone ni.Ada jugak Android yang murah,jadi ia mudah sikit nak dimiliki.
Tapi,feature iPhone ngan Android ni aku da mula boring dengar.Kuar model baru kate,camera gambar lawa sikit la,internet laju sikit la,processor laju sikit la,boleh main game 3d la,boleh upgrade Android jadi 2.3 la,UI Interface lawa la.Sama je ayat dia tiap kali keluar model baru.Tapi Xperia Arc X12 lain sikit la feature baru dia,ada Sony Bravia Engine.Fuhh,macam tengok wayang wa cakap sama lu!!Tapi don worry,aku tak nak buang masa cakap pasal X12 sebab handset SE memang famous dan ramai da taw pasal X12.So,aku nak cerita pasal LG Optimus 3D
Ya,LG.Nape?Tak suka LG?Takut sangat nak cuba yang baru.LG lah antara handset yang banyak buat idea konsep pertama.Pernah dengar LG Crystal?Handset pertama keypad dia transparent,last2 konsep iPhone5 nak buat satu body transparent.Pernah dengar LG Viewty?Handset pertama ada kamera siap smile detection,bukan SE taw.Pernah dengar LG Arena?Handset pertama pakai Dolby Digital Mobile,bukan HTC atau SE.Kemudian,baru la company2 lain cedok idea dia,buat renovation sikit,nampak la lagi power dari LG.LG ni kat luar Malaysia sebenarnya famous handset dia,tapi yelah tengok la orang Malaysia siapa yang duduk.Kalau orang kata Nokia best,Nokia la sampai ke tua.Kalau orang kate SE best,sampai ke tua la SE.Kalau orang kate HTC best,sampai ke tua la HTC best.Sebab tu jenama lain susah sikit nak masuk Malaysia nih.
Apa yang 3D sangat dengan LG Optimus 3D ni?Samsung Galaxy punya game pon 3D.Hadoi la soalan nih.LG Optimus 3D bukan setakat game je 3D,nak ambik gambar 3D,nak ambik video 3D,siap ada warning lagi kalau nak pakai 3D mode,pastikan sihat supaya tak pening kepala masa pakai mode 3D.Ada handset boleh buat macam nih?HTC pun baru buat handset konsep 3D tapi tak secanggih yang nih.Kalau ada orang tengah jalan menuju korang,cuba ambik video dia.Rasa macam betul2 dia datang kat korang.UI pun 3D.Smart habis!Mungkin ada lagi la bahagian yang belum boleh 3D macam Inbox,tapi nanti company lain buat la handset 3D diorang yang canggih sikit dari ni.Mana tau SE punya handset 3D lagi power ke.
Macam mana nak ambik video dan gambar 3D nih?Senang je konsep dia.Handset ni ada 2 kamera dan akan mengambil gambar dan video secara serentak,mewujudkan penglihatan seperti mata manusia.Imej kedua2 kamera ni akan bertindih dan mewujudkan view yang macam 3D.
Ni spesifikasi penuh handset nih.
![]() | ||
![]() |
|
1 comments:
Sekarang ni Smartphone terbaik didunia dipegang oleh Samsung Galaxy S 2...Semua ada...
Guna Adroid 2.3 keatas la beb....Hebat!
Post a Comment