Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau


cheaper riskier more meaningful why malaysians sen...

malaysians flock to thailand for hari raya aidilad...

aidil adha 2025 rahsia laksa johor dan kisah bibik

back the yusoff rawther anwar ibrahim case does tw...

hari lautan sedunia untuk lebih dihargai lautan wa...

kemalangan maut empat beradik di jerantut feri ibu...

kj tengku zafrul kemungkinan akan bertanding di am...

misteri banglo besar di sebelah kerian valley reso...

wanita jumpa wang lebih rm1 juta dalam kotak di te...

anwar vs daim legal action or political vengeance

comment on plate gold tak sepanas plate ff by temp...

mca dakwa kerajaan akur desakan tarik balik larang...

perli isu duit rm500 dalam bank akaun bella dowann...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Sunday, 12 June 2011

Jawapan Untuk SKMM Kerana Menutup Site Sharing File

Posted by serenity9260 On 20:55 10 comments


Mula2 sekali aku nak gtaw,yg bagi jawapan tu aku,haha.Jangan salah paham la.Okey,aku mula dulu dengan alasan kerajaan nak banned website2 nih sebab nak lawan cetak rompak atau piracy.Tapi,kena paham cetak rompak tu bila ada orang mencuri hak orang lain kemudian dia jual pada orang lain dan dia dapat keuntungan.Tapi,website2 ni lain.Ada orang upload file2 ni ke dalam website2 nih dan orang lain download file2 yang telah di upload ni secara percuma.Orang yang upload file ni tak untung apa2 dan yang admin kan website2 ni pun tak untung apa2.Admin ni dapat duit bila orang langgan premium account diorang.Tu je.Okey,ada yang nak kata apa yang aku kata ni salah.Kalau betul pun ini satu cara cetak rompak,syarikat2 yang kononnya mengaku file2 diorang disalahgunakan dalam website ni,website2 ni menyediakan copyright claim.File2 tu boleh didelete terus dengan claim ni.Tak percaya,tanya la orang yang selalu sangat download2 kat website nih.Senang je jumpa file is removed due to copyright claim.File2 dalam website ni bukan semuanya sepatutnya perlu di beli.Ada yang memang free pun.Jadi,tak payah la rasa website2 ni teruk sangat sampai nak kena ban sebab ada lagi orang yang nak kan barang2 yang percuma ni.

Okey,kemudian ada lagi yang kata apa yang aku cakap kat atas ni tak relevan.Kalau korang perasan,walaupun syarikat2 ni dah delete file2 yang telah di claimkan copyright diorang nih,masih ada lagi file2 yang tertinggal walaupun dengan guna nama yang lain.Still mereka ada kuasa lagi untuk claim untuk delete file tu tapi diorang sengaja tinggalkan.Apa tujuan diorang?Untuk promosi kan produk2 diorang.Dengar macam tak logik tapi teliti dulu penjelasan ni.

Walaupun ada file2 yang masih tertinggal,tapi mereka dah delete file2 yang memang asalnya dari mereka.File2 yang tinggal di website sekarang kebanyakannya ada sesuatu yang tertinggal atau tak elok.Biasa dengar kan orang download game,lepas tu main.Tengah2 main game tu tibe2 game tu crash.Dah tak boleh main.Ya,sengaja mereka tinggalkan file2 macam tu.Ada juga kita da habis download movie,siap dvd lagi.Bila dah habis download,dapat main 3o minit je,yang lain tak boleh.Ya,sengaja mereka tinggalkan supaya akan ada situasi macam ni.Bila situasi macam ni timbul,orang akan kata,"baik aku cari yang ori".Ni yang mempromosikan game2 dan movie2 diorang.

Kalau tentang lagu2 dari artis2,yang ni banyak manager2 dan artis2 mainstream Malaysia tak paham nih.Gua bagitaw lu,artis2 Malaysia boleh jual album dan hantar lagu2 diorang kat radio dan social network je,yang lain tak mungkin berkesan.Siapa nak beli single?Orang2 Malaysia tak sedar ini merupakan antara cara terbaik promosi artis2 diorang ke luar negara.Aku amek contoh artis Second Combat.Ni band Malaysia nih.Pernah dengar lagu diorang main kat radio?Tapi diorang dah boleh buat tour kat Eropah.Walaupun mungkin diorang co-op ngan artis2 lain tapi sekurang-kurangnya orang luar suka lagu diorang.Macam mana diorang promosi?Masok radio ke?keluar tv ke?Dengan website2 ni la diorang promote.Walupon maybe tak ada orang beli album dia ke,EP ke,single ke tapi manager2 syarikat rakaman ngan penganjur ni boleh dengar hasil diorang nih.Dan2 orang jemput diorang main kat Eropah.

Okey,maybe yang ni pun tak betul.Kata aku main cedok je info ni kat mana.Aku cakap info yang tu sebab aku ada terbaca pasal diorang dalam majalah Utopia(tak ingat tahun bila).Kalau macam tu,aku bawak korang  g tengok tempat yang lagi banyak barang2 free orang upload ke website2 nih,iaitu Youtube dan Facebook.Daripada SKMM banned webiste2 tuh baek dia banned yang ni.Facebook banyak jugak orang upload video dan lagu dalam website nih cuma tak ramai yang taw macam mana nak cari.Tapi Youtube,lu tengok bawah nih:





Kongsi full ni bai.Walaupon ikut part2,tapi orang boleh tengok online kat sini je.Ko kata la citer ni da habis kuar wayang da,tapi tu bukan masalahnya.Ada satu komen menarik yang aku jumpa dalam salah satu video kongsi yang pernah aku tengok kat youtube nih

Anyone has sub english version of this movie?

Orang luar nak tengok bai citer nih.Dah satu bentuk promosi.Takyah kuar duit pon.Peminat2 sendiri boleh tolong promotekan la,free lagi,takyah bayar.

Last sekali,pengalaman yang agak kelakar la.Ada sorang kawan pompuan aku ni.Tengok mp3 player penuh lagu Siti Nurhaliza dia download.Tapi tiba2 dia beli album Siti.Aku tanya la,ko da habis download semua album dia,watpe ko nak beli lagi?Dia jawab,dah aku minat dia,suka hati aku la.

Lu tengok,kalau orang suka,mesti support punya.Tengok la lagu2 omputeh yang ramai nak mampos orang layan skang nih.Justin Bieber ke,Green Day ke.Takyah tengok Youtube la,tengok 4shared.Melambak orang download lagu2 ngan video diorang,ada diorang nak wat claim?Sebab diorang taw tu antara cara2 nak promosi album diorang.

Bukak la sikit minda tuh.Bukan semua benda free ni tak elok.Orang luar tak ada masalah ngan website2 ni,nape kita nak berlagak pandai lak banned2 website nih?Kalau kata piracy,file2 milik Hollywood bersepah boleh download free kat dalam internet ni.Untung diorang tetap naik.Harga tiket ngan album still sama.Kalau ni cara nak sekat piracy,memang lah diorang tak reti nak sekat piracy betul2.Nak promote lagu2 Malaysia promote la betul2.Bila takde orang nak beli,mula salahkan website lah,peminat lah.Konon nak salahkan orang Malaysia fanatik K-Pop,okey,aku gitau something.Orang Malaysia memang minat Korea dan orang Indon minat Jepon.Pastikan korang bukak link nih lepas habis baca statement nih:

http://www.jpopasia.com/celebrity/agnesmonica/videos/karena-ku-sanggup::9747.html

http://www.jpopasia.com/awards/

Agnes Monica da sampai Jepun dan siap menang awards lagi.Sebab ada peminat upload video dia kat website Jpopasia secara FREE atau pun PERCUMA.!!!Kita sebok tengok cite orang Korea,ada orang Korea nak tengok cite kita balik?Jangan salahkan orang lain dulu tentang promosi lah,piracy lah.Buat perkara yang penting dulu baru sibuk salahkan orang lain.

Adios.Nak marah,marah la.Benda yang aku rase aku takyah nak jawab,aku tak jawab komen korang.Kalo yang perlu ada jawapan,aku jawab ok?

10 comments:

Biasa la... ikut cakap Amerika ... ni kan zaman pemerintahan Najib...

xde masalh pada siapa2 yang nak sharing

rais anak yatim cume ban download felem free tapi dia tak akan ban amah indon. rais2 lu ponya otak dah tepu lu ponya zaman pop yeh..yeh mana nak sama ngan anak muda zaman millenium..harap buka minda lu walaupon kapla lu dah m,ula helicopter bolih landing..

hahaha..aku setuju abeh dengan entry ni bro!!
yeah!!
pendapat-pendapat macam ni la yang paling menarik sekali tapi tak dihiraukan..tak guna betul SKMM..

mmg ak sokong gler..
ada part tu mmg btul la... bukannya xleh delete pun file tu.... buat apa nak block je...
ini semua kes malas nak delete.. ingat block boleh selesaikan masalah la...
alang-alang itu block sekali youtube, veoh, 4shared, media fire, online storage and sebagainya.. baru bleh laku lagu-lagu malaysia ini.... ak sendiri tak dengar kt radio pun lagu, ak dgr klu buka dr blog org or mmbr2 yg buka lagu tu...

kalau susah2 diorang nak blok2 website, apa kata, potong semua kabel2 komunikasi?? termasuk ler wayarles ke ape ker... SELAMAT DATANG KE ZAMAN BATU!! har har har... bengong punya KERAjaan!
epee

tak silap aku veoh pernah diblock sebelum ni sebab masa aku sekolah menengah dulu ada banyak movie yang link dengan veoh tapi tak boleh bukak.nasib baek skang da boleh bukak

Post a Comment