Yo,hari ni aku post benda yang lari sikit dari post2 yang biasa aku buat.Aku berminat tentang sumber2 tenaga alternatif ni kerana ia sangat menarik dan sumber terpenting untuk menjimatkan penggunaan tenaga dan memberi kesan yang baik pada alam sekitar.Namun begitu,sumber alternatif kebanyakannya mempunyai tenaga yang kurang banyak dan kurang efisyen berbanding tenaga minyak.Seperti tenaga biomass, memerlukan bahan buangan dan sisa2 yang banyak untuk memperolehi tenaga yang tidak setanding dengan sumber minyak.Tenaga ombak,angin dan solar pula tidak konsisten memandangkan ia boleh berubah berdasarkan faktor cuaca.
Tenaga hydrogen merupakan yang terbaik sekali antara kesemua tenaga alternatif ini.Ia 20 kali lebih efisyen dari sumber bahan api minyak dan 5 kali lebih efisyen dari sumber nuklear.Disebabkan itu,saintis2 dan jurutera2 di seluruh dunia telah mengusahakan produk2 bahan api berasaskan hydrogen seperti kereta hydrogen, generator hydrogen dan sebagainya
http://www.youtube.com/watch?v=meDgY98EuMw&feature=mfu_in_order&list=UL
http://www.youtube.com/watch?v=4nL4iuE2Fqo
Yang terbaru, saintis sudah mampu mereka penjana kuasa hydrogen di mana sumber elektrik di kawasan perumahan dan perindustrian berasal dari janakuasa ini
Apa sumber hydrogen
Pertama, dari udara segar di dunia ini. Tetapi,peratus hydrogen dalam udara segar hanyalah 2% dan tidak efisyen untuk menjana kuasa ini
Kedua, electrolysis dari air. Sumber ini paling baik kerana electrolysis dari air boleh menghasilkan hydrogen dan pembakaran hydrogen menghasilkan air. Dengan itu,sumber ini seperti boleh di kitar semula dan tidak akan habis. Namun,teknik hydrolysis masa kini agak mahal untuk menghasilkan hydrogen pada sekala yang besar untuk industri.Para saintis sedang mengusahakan teknik hydrolysis yang murah pada sekala yang besar agar semua orang boleh menikmati elektrik pada kadar yang lebih murah.
Ketiga, daripada penghasilan kimia.Teknik ini digunakan di stesen janakuasa hydrogen di Finland
Dengan itu,Finland boleh menghasilkan tenaga elektrik pada kadar yang murah untuk skala yang besar seperti perindustrian dan Finland boleh menghasilkan barang eksport dengan lebih banyak pada kadar yang murah.Ini yang membuatkan Finland merupakan salah satu negara ekonomi yang penting di Eropah.
Malaysia juga patot bercita-cita utuk memiliki sebuah Penjanakuasa hydrogen untuk mengurangkan kos pembuatan dan meningkatkan produktiviti agar ekonomi di Malaysia boleh terus meningkat.Tidak perlu pun Malaysia terkejar-kejar untuk memiliki tenaga nuklear pertama di Asia Tenggara kerana tenaga hydrogen boleh menghasilkan tenaga yang lebih banyak daripada tenaga nuklear dan lebih murah dan selamat berbanding tenaga nuklear.
Tidak dinafikan jika Penjanakuasa ini meletup,kesan letupannya sangat kuat.Namun begitu,hydrogen bukanlah bahan radioaktif dan tiada kesan jangka masa panjang seperti radiasi yang sangat merbahaya.Jika sebuah penjanakuasa hydroen musnah,tapaknya yang lama masih boleh digunakan memandangkan ia tiada kesan radiasi dan tidak merbahaya.
Semoga post ini boleh menyuntik insentif rakyat Malaysia untuk membangunkan sebuah penjanakuasa hydrogen untuk memiliki elektrik dan tenaga industri pada kadar yang lebih murah
0 comments:
Post a Comment