Tengah sibuk2 orang Malaysia bercerita tentang Anonymous hacker yang nak menyerang Malaysia,group ini telah membuat kejutan yang paling merisaukan cyber-security di seluruh dunia!Lulzsec telah membentuk pakatan dengan Anonymous untuk satu lagi operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Anti-Security.Anonymous pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membersihkan segala korupsi yang dilakukan oleh negara2 dan syarikat2 gergasi di seluruh dunia pada tahun lalu.Lulzsec memberi tawaran untuk membantu Anonymous ini untuk bergerak dengan lebih efisyen.
Rasa2nya seluruh Malaysia dah tau macam mana group Anonymous ni iaitu mereka bergerak secara bebas tanpa menerima sebarang upah dan arahan.Lulzsec ni apa pulak?Mereka pun bergerak secara underground namun mereka lebih professional iaitu mereka akan menerima upah dan tawaran sebelum melakukan serangan.Tetapi baru2 ni mereka dikejutkan dengan khabar angin bahawa pemimpin mereka(nama tak dapat dikesan sampai sekarang!)telah ditangkap,memandangkan mereka boleh dihubungi melalui twitter.Ini membuatkan kumpulan ini mengalami sedikit masalah dan penurunan dari segi prestasi mereka.
Bersama Anonymous Group,mereka menubuhkan tentera baru mereka dikenali sebagai Lulz Lizard untuk operasi yang akan datang.Menurut Lulz,mereka akan terlebih dahulu menyerang Amerika Syarikat.
Memandangkan mereka baru je bergabung(baru dapat berita semalam) dan Operation Malaysia yang sebenar masih lagi dalam peringkat permulaan,sangat dikhuatiri mereka akan menyerang bersama untuk Operation Malaysia yang seterusnya di mana ada sumber mengatakan serangan kedua berlaku pada 4 Julai ini.

Okey,ni akunya bahagian.Aku nak gitaw lah kan,kalau anonymous yang bergerak secara tak professional pun dah sangat legend,ini kan pulak bila mereka bergabung dengan company besar macam Lulzsec nih.Mereka baru bergabung dan ada kemungkinan mereka akan menyerang bersama pada tarikh di atas.Kerajaan Malaysia ni terus terang aku cakap,degil bila orang mintak unblock balik website2 yang diorang dah block tuh.Ditambah lagi dengan berita diorang dah berjaya mengesan siapa hackers2 tuh.Tapi,dia cakap hacker2 tu 90% orang Malaysia sendiri.Kena ingat,Anonymous hanya serang dua je iaitu website government malaysia dan sabah tourism.Yang lain2 tuh hacker2 yang lain punya kerja.Aku taw ada yang kata boleh tengok aktiviti Operation Malaysia ni dekat website yes.com tuh.Tapi please la,aku bukak semua website2 yang lebih 20 tu bukannya rosak pun,elok je.Yang real diorang punya kerja tengok tahun ni punya,Playstation Network kena hack sampai 3 bulan beb.Itu baru group anon der.Kalau setakat hack pastu 2-3 jam elok balik,haha,suka hati diorang la kan.
Lepas tu aku dengar pulak ada kata nak blok Youtube,Facebook,Blog dan semua file sharing website termasuk 4shared dan Mediafire.Der,anon dah terang2 dia bagitau dia marah kat government malaysia ni sebab blok website.So,takyah la cari gaduh lagi kan?Setakat dapat tangkap hacker2 malaysia,itu pun entah ye le tak tuh takyah nak berlagak la kan?Basic knowledge hacker kalau diorang nak lari dari kena cekup polis,diorang akan duplicate IP address orang lain dan hantar kat ISP,cakap IP address orang ni yang tengah hack padahal orang tu tak bersalah.Sebab tu dekat luar negara senang je kita nak dengar berita orang kena tangkap lepas tu 2-3 hari lepas sebab bukan diorang yang buat.Buat2 korang punya IP address korang yang kena,ke aku yang kena,tak pasal2 free2 rasa lokap 2-3 hari.
Lepas tu impak kat orang lain.Aku cerita dari segi education dulu lah.Sekarang,orang tengah tunggu result upu untuk masuk u nanti dan budak2 yang tengah tunggu result exam.Kalau upu shutdown,abes apa budak2 ni nak buat kalau result lambat keluar?Dateline biasiswa da lepas,diorang nak buat ape?Mintak ptptn?Anak orang kaya pun belum tentu nak amek ptptn tuh,itu memang last choice abes.Lagi satu,yang study dekat IPT ni bukan orang Malaysia je der,orang luar negara pun ramai.Ramai je orang putih amek course dekat u dekat Malaysia ni.Tak ke malu kalau benda boleh settle cara senang tapi tak boleh settle cara senang?Cuba tanya orang2 luar negara ni,negara diorang blok ke semua website2 tuh?
Lagi satu,negara ni bukan orang Malaysia je yang duduk,orang bukan Malaysia pun ada la.Keluarga2 dari orang yang kerja dekat kedutaan tu,pelabur2 asing yang ramai sangat dari luar negara tu.Takkan diorang duduk Malaysia boleh pakai internet yang ada kat Amerika pulak kan?Buat malu je la kat diorang benda2 macam ni pun nak settle cara susah.Tak paham aku.
Komen : Perkara ni ada pro dan kontranya.Tapi,ikut pendapat aku,aku sokong pihak yang ehem2.Tak boleh sebut,nanti jadi isu.
4 comments:
apsal piratebay dah xley gune..
ad x hacker yg bleh hack website KPM pastu tukar sume rekod pelajar dlm tu ...
lepas hack pastu nk tukar result n nk tukar nama skolah bleh k
boleh hack sistem maklumat mengenai data seseorang tak..ada seorang yang selalu menganggu diri dan keluarga.. bp upah dia..
Post a Comment