Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Wednesday, 1 February 2012

Info Aje : Demo Rupa Matahari Selepas Ia Mati

Posted by serenity9260 On 06:16 1 comment

Nasa ada buat beberapa simulasi yang memang menakutkan sedikit sejak kebelakangan ni macam bumi ditelan Black Hole,galaksi kita berlanggar dengan galaksi lain.Kali ni,Nasa tunjukkan bagaimana rupa Matahari selepas ia mati
Link asal

Info Aje : Samsung Galaxy S3 Ditunda Jualan Pada Sesi 2012

Posted by serenity9260 On 06:09 No comments



Untuk peminat2 Android,salah satu siri smartphone Android yang paling best dalam list korang mesti lah siri Samsung Galaxy S.Akhirnya,Samsung Galaxy S bakal memasuki generasi ketiga,namun sesi demonstrasi smartphone ni ditunda,mungkin sebab nak keluar sama2 dengan pesaing dia kot,iPhone 5.Siapa menang agaknya?Place your bet,gentlemen,haha

Link asal

Cool Aje : Blackberry Candy Bar,Blackberry London

Posted by serenity9260 On 06:04 1 comment



Pencabar terulung iPhone,Blackberry kini muncul dengan Blackberry London,berbentuk model candy bar.Agak jarang nak lihat Blackberry nak keluarkan smartphone berbentuk candy bar macam handphone2 lain.Rasanya mesti cool ekk??


Artikel asal


Komen : Blackberry atau RIM berada di tempat kedua selepas iPhone dalam carta jumlah jualan keseluruhan handphone di seluruh dunia.Ramai giler ekk pakai BB ni?

Cool Aje : Tablet Pertama Linux

Posted by serenity9260 On 05:58 No comments


Nampaknya Linux pun nak cuba buat smartphone diorang sendiri dengan cubaan pertama mencipta tablet Linux yang diberi nama Spark.Mendapat sambutan yang baik daripada internet mungkin satu berita baik untuk Linux meneruskan legasi mereka sebagai pembina OS percuma yang terkenal di dunia.Aku sebenarnya tak taw apa yang power tentang Linux ni dan tak berani nak try sebab takde game yang dalam requirement dia ada tulis Linux,hehe
artikel asal

LOL Aje : Rupa Burung2 Selepas Korang Habis Main Game Angry Bird

Posted by serenity9260 On 05:53 No comments

Ada lagi ke orang main Angry Bird ni?Kat tempat aku sekarang banyak orang main Ninjump,haha.Tapi merasakan still ramai yang main game ni,jom tengok apa jadi kat burung2 ni selepas dibaling oleh korang sebab tak puas hati kat babi kaler hijau,haha

Link asal

Friday, 27 January 2012

Cool Aje : Robot2 Tarian Sempena Tahun Baru China(Video)

Posted by serenity9260 On 17:33 No comments



Masih ramai yang meragui namun kemajuan teknologi negara China semakin hari semakin meningkat. Contoh yang seterusnya,robot tarian yang bakal mengalahkan semua band2 K-POP kesayangan rakyat Malaysia ni dari China!




Komen : Masuk Showdown konpem menang!

Info Aje : FBI Bakal Disaman Kerana Menutup Megaupload

Posted by serenity9260 On 17:28 No comments



Bukan semua orang sokong tindakan FBI melancarkan SOPA malahan terlalu banyak yang benci dan menyampah dengan tindakan mereka yang terus menyerang orang tanpa sebab yang betul.Pemilik Megaupload cuma membenarkan program file-sharing,bukan membenarkan piracy.Oleh kerana diorang malas nak delete satu2 file2 pirate dalam tu,diorang terus menahan eksekutif2 Megaupload dan penjara sampai 50 tahun!(pengasas je).Memang banyak file piracy dalam Megaupload tapi banyak juga file2 penting yang orang biasa upload sebagai backup,risau diserang virus kalau simpan dalam pc.Oleh kerana Megaupload ditutup dan tak berfungsi,golongan2 yang kehilangan file2 penting termasuk syarikat2 perniagaan mengalami kerugian dan tekanan.Diorang memang tekad nak saman FBI neh!Saman jangan tak saman!Aku support korang dari belakang!

Artikel asal

Komen : Oh SOPA,cepat la berhenti!Aku nak download DOTA 2 ni

Tuesday, 24 January 2012

LOL Aje : Panduan Nak Texting Semasa Berjalan Kaki Dengan Selamat (Video)

Posted by serenity9260 On 21:06 1 comment

Kepada yang selalu sangat texting masa tengah berjalan kaki tu cuba kurang2kan sikit tabiat tu sebab bak kata orang tua2,masa berjalan,pandang depan! =)


LOL Aje : Antara Kerja Yang Manusia Mungkin Tak Sanggup Nak Buat(7 Gambar)

Posted by serenity9260 On 20:59 2 comments

Uhh,mungkin aku tak patut kata LOL kerana setiap manusia berhak memilih kerja apa yang dia nak asalkan rezekinya halal.Tapi kerja2 yang berikut ni memang agak melampau. 


Cool Aje : Lagu Protes Megaupload Daripada Dan Bull(Video)

Posted by serenity9260 On 20:52 1 comment

Jom dengar apa yang Dan Bull proteskan dalam lagu ni